12 comments on “Hukum Rawatan menggunakan jampi mantera dan serapah

  1. Assalamualaikum Ustaz…..
    Sudah lama saya ingin bertanya dengan orang yang cerdik pandai dan Alhamdulillah hari ini saya terjumpa ruangan ini.
    Selama hidup saya yang berusia 34 tahun ni, saya pernah 3 kali diberi ayat al-Quran melalui mimpi Kali pertama saya langsung x ingat pabila sedar dr tidur cuma yang saya ingat ayat pertamanya bermula dengan “ALLAH”. Kali kedua Saya dapat mengigati ayat yang diberikan mungkin berkat saya selalu membaca YASSIN iaitu YASSIN ayat 76 “Awalam yarol insa………………..khosiimum mubiin. Manakala 2 malam lepas saya mimpi di bukakan depan saya Quran,dan hati berkata Surah AN-NISA..ayat tersesat didalam hutan tetapi saya langsung tidak boleh mengigati ayat tersebut. Tapi pada fahaman saya surah ini merujuk kepada wanita…tapi kenapa pula diberikan ayat sesat dlm hutan..
    Saya bukan nya seorang yang warak ini yg menyebabkan saya musykil kenapa saya dapat surah dalam mimpi. Apakah fadilat disebalik mimpi2 saya ini ustaz.
    Untuk pengetahuan ustaz saya sudah 3 thn kahwin tp belum dikurniakan cahaya mata. Dan sebelum kahwin pernah mendapat lebam2 di anggota badan,panas baran dan Alhamdulillah selepas saya berjumpa dengan ustaz dr as-syifa semua lebam sudah tiada.Cuma terkadang saya terasa diri saya diperhatikan dan takut tak menentu. Menurut seorang ustaz saya dijaga oleh jin islam seramai 3 org..betul ke tidak Wallahualam..
    Harap ustaz dapat merungkaikan apa yang tersirat sebalik nya.

  2. Assalamualaikum…saya adalah seorang yang bekerjaya dan sudahpon berumah tangga dan mempunyai keluarga yang cukup bahagia..datangnya dari keluarga yang sederhana..dialam persekolahan lagi saya sudah tahu mencari pendapatan sendiri dgn niat tidak mahu membebankan ibu bapa bagi menyara pembelajaran,sehinggalah saya kini sudah berumahtangga masih punyai kerjaya dan dapat membantu suami pada setiap bulan..soalan saya adakah nafkah suami(perbelanjaan isteri)itu wajib diberi pada isteri sedangkan saya bekerja dan saya mampu untuk diri saya.

  3. assalamualaikum..saya bekerja disalah sebuah syarikat swasta kecil,dimana tidak tertalu byk kerja yang boleh dilaui itu tidaklah byk dan sudah diselesaikankukan..soalan saya adakah pendapatan yang saya perolehi itu haram walaupon kerja yang saya lakukan itu sudah selesai dan ader masa2 terluang pada setiap hari tanpa melakukan apa2…

  4. assalamualaikum..
    sy br mendirikan rumahtangga selama setahun. sejak 4 bln yang lalu suami berkelakuan pelik. smua bermula ketika ramadhan br2 ini, seorg daripada kawan suami mendakwa rumah kami ada makhluk halus, dan sy serta ibu sy ada buat perkara yang tak elok untuk mengikat hati suami. suami sy seoalah2 terlalu mempercayai kawannya. dan selepas daripada hari itu, suami berkelakuan semakin aneh. dia mendakwa dapat lihat mcm2 makhluk dalam rumah kami. dia juga menuduh sy dan ibu guna2kan dia. seminggu dia tak bekerja. tiap malam dia solat, baca 3Qul, ayat kursi dan zikir smpai pagi. dia paksa sy mengaku dan mintak maaf pada dia. mcmana sy nak mengaku sedangkan sy x pernah gunakan apa2 ilmu mistik untuk tundukkan dia. selang sminggu, suami beransur sihat selepas mdapat rawatan di as shifa. dia bekerja seperti biasa. tp selang sebulan dia buat perangai balik, tp kalini lebih teruk. dia dakwa dia dah boleh jampi orang, Allah bagi dia ilmu. dia zikir smpai pagi dan langsung x bkerja. keadaan berlarutan smpai sekarang ( hampir 2 bulan) lebih buruk kluarga suami membawa dia berjumpa bomoh yg menggunakan jin. selepas itu keadaan dia bertambah teruk. tambahan pula bl bomoh tersebut mendakwa, saka dr sy dan kluarga sy yang mengganggu suami. jd sekarang dia telah pun begitu taksub dengan bomoh tu. sy enggan mendapatkan rawatan ‘buang saka’ dr bomoh tersebut kerana ada mangsa pernah menceritakn kepada sy dia pernah d bogelkan dan d raba seluruh badan(dlm bilik berdua) semasa proses ‘buang saka’. bl sy bgtahu suami, dia naik berang. dia pertahankan bomoh tu betul. suamimendakwa terjadi peristiwa ‘raba’ tu kerana syaitan yg terdapat dalam badan pesakit yg buat begitu. sekarang suami x puas hati dan slalu psoal knpa sy enggan berubat dgn bomoh tu. lebih sedih lg dia telah melukakan hati kedua org tua sy. dia menuduh kluarga sy ada ‘saka’ seolah2 kami hina.kluarga sy rasa terhina, tp untungnya kluarga sy x cepat mlatah. cuma sy yg x tahan hari2 dperlakukan seperti org bersalah sedangkan sy ikhlas mencintai dia. dan tak pernah walau skali pun sy menyihir atau buat benda xelok pada suami. apa yang patut sy lakukan??

    • Salam..apa yang saya dapat beri pendapat di sini ialah agar puan sekeluarga mendapatkan rawatn di Darul Syifa atau pusat2 perubatan islam..Hanya perubatan Islam..Insyallah semoga Allah membantu segala usaha puan

      • Askum..sya nk tya semalam sya terjumpa ayat surah yasin tp sehelai sje dn berbalut dgn ketulan batu didlm nyer,berada di tepi pagar rumah sya..ape maksud nye ye?tlg la jwb pertanyaan sya ini.

  5. assalamualaikum ustaz…saya ingin bertanya soalan kepada ustaz..saya pernah menjaga arwah nenek sewaktu beliau sakit hingga hayat terakhir beliau..semasa hayat arwah,arwah ada menyuruh saya meminta hutang dari saudara-mara arwah.selepas arwah meninggal,saya melakukan apa yg arwah kehendaki,tapi semua saudara-mara arwah, mengatakan arwah.. sudah menghalalkan semua duit yang mereka pinjam.skrg arwah selalu datang dalam mimpi saya..seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu pesanan kepada saya..soalan saya,adakah mimpi saya bertemu arwah disebabkan saudara-mara tak menjelaskan hutang atau sebaliknya.Dan satu perkara lagi ustaz,arwah nenek saya ada mewasiatkan barang kemas kepada saya.tapi datuk saya tidak menyerahkan sebagaimana yang arwah amanahkan..tapi sebaliknya memberi kepada isteri barunya..apakah datuk saya melakukan dosa dan bagaimana utk hapuskan dosa kerana mengingkari amanah tersebut.sekian

    siti julianawati

  6. Faizah,

    Assalamualaikum ustaz. Saya pernah menyuarakan masalah saya tahun lepas, dan mendapati masalah saya itu tidak dapat diselesaikan. Suami saya, sejak 3 tahun telah membuat hubungan dengan seorang pelajar sampai sekarang. Suami saya bertugas di Brunei dan semenjak hubungan ini, beliau jarang balik ke semananjung bertemu anak2. Yang sedihnya, setiap kali saya balik ke semenanjung, masa itu juga suami saya akan bercuti hujung minggu di luar Brunei. Perbuatan suami ini amat menyedihkan saya, tambah pula sikap suami saya berubah menjadi pemarah dan tidak sabar, hingga ungkapan ‘boleh kawin 3′ seringkali diungkapnya. Yang sedihnya, akhir tahun 2011, keadaan kesihatan saya terganggu, hingga berat badan susut hingga 10-15, yg mana dulunya berat badan saya lingkungan 100-110, yg sekarangnya jatuh diantara 85-90. Badan saya kelihatan kurus dan tulang selangka jelas kelihatan dan kulit saya lembik disebabkan hilang berat badan secara mengejut dalam tempuh 2-3 bulan tahun ini. Ustaz, tolong saya. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya ketika ini. Selera makan saya tidak berubah, tapi berat badan saya jatuh drastik betul. Saya minta nasihat ustaz, apakah yang perlu lakukan. Suami saya masih berterusan hubungan degan perempuan ini, yang baru masuk Islam tahun lepas. Suami berlagak seakan dia yang bertanggungjawap atas masuknya Islam. Tolong saya ustaz, saya cukup sedih dan terganggu kesihatan saya . Apakah yang patut saya buat.

  7. Assalamualaikum Ustaz, saya mempunyai rakan yang baru memeluki Islam dan sedang menghadapi masalah buatan seseorang, yang kini menimpa kepada si anak. Dia telah berubat dengan beberapa orang Ustaz tetapi hingga kini tiada sebarang perubahan langsung malah wang ringgit telah banyak dihabiskan atas permintaan perubatan tersebut. Rakan saya dan isterinya tidak putus-putus solat, berdoa, mengaji dan berzikir tetapi langsung tiada perubahan. Saya berharap rakan saya masih berpegangan kuat terhadap Islam.

    Kata salah seorang Ustaz yang mengubati tersebut benda itu terlalu kuat tidak dapat berbuat apa-apa. Saya benar-benar memohon jasabaik, pandangan dan juga pertolongan dari Ustaz bagaimana lagi cara untuk mengubati penyakit yang di hantar kepada seseorang?

  8. Assalamualaikum…

    Saya inginkan penjelasan/huraian tentang hadis ini :-

    Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: “Apakah hadiah atau sedekah?” Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: “Makanlah!” dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama.

    Sekian, terima kasih.
    Nizam

  9. Assalamualaikum Dato’.
    Sy ingin brtanya tentang kemusykilan sy tentang seorang kwn yg brckp ‘apa guna jadi orang Islam kalau doa tak dimakbulkan’..apakah hukumnya ustaz? Harap ustaz dpt jelaskan..

Leave your comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s