Home > Dajjal: Raja Konspirasi Dunia, ISLAM, PELIK TAPI BENAR > Obama Isytihar Bulan Mei Sebagai Bulan Yahudi Amerika

Obama Isytihar Bulan Mei Sebagai Bulan Yahudi Amerika


obama2122

Selasa lepas, 12 Mei 2009, Presiden Amerika Syarikat itu telah mengisytiharkan bahawa bulan Mei sebagai bulan sambutan bagi masyarakat Yahudi Amerika.

 

Obama menegaskan, masyarakat Yahudi Amerika hendaklah dihormati kerana walaupun kelompok mereka adalah minoriti tetapi sumbangan kelompok ini terhadap pembangunan negara Amerika amat besar.

Dalam ucapannya itu, Obama merujuk bahawa masyarakat Yahudi Amerika kebanyakannya sudah pun terlibat secara langsung dalam pelbagai ruang pentadbiran negara Amerika. Ada dikalangan mereka yang memegang jawatan-jawatan penting di dalam pentadbiran Amerika.

Selain itu, menurutnya golongan Yahudi Amerika juga memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara. Malah mereka juga adalah kelompok yang menguasai syarikat-syarikat besar dunia.

Kenyataan pengisytiharan tersebut tidak menghairankan kerana Barrack Obama sendiri mempunyai penasihat agama Yahudi iaitu Rabbi David Saperstein.

(Gambar) Rabbi David Saperstein

Rabbi David adalah antara individu yang terkenal di Amerika. Beliau pernah dinobatkan sebagai America’s Top Rabbi oleh majalah Newsweek. Penganugerahan itu adalah berdasarkan jasa beliau yang telah berkhidmat sebagai Pengarah Union for Reform Judaism’s Religious Action Center (URJ-RAC) di Washington DC selama 30 tahun.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.