Archive

Archive for the ‘Hadith & Doa'’ Category

tips dan petua agar dipermurahkan rezeki – wajib baca

Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

mohonlah kepada Allah...mohonlah kepada Allah…

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Aurat Wanita – Kesilapan yang seringkali dilakukan!

dalam post kali ini saya akan kongsikan dengan anda tentang kesilapan yang sering dilakukan dalam hal berkaitan dengan aurat wanita.

OK ker pakaian saya ni?OK ker pakaian saya cam ni?

Info ini saya dapat hasil pembacaan saya dari satu artikel yang dikirimkan oleh murni noni (murnizm@gmail.com). Saya rasakan info nya sangat bagus dan perlu diperhebahkan kepada seramai orang yang boleh. Jadi, saya kongsikan info tersebut. (*Saya hanya ambil poin-poin yang penting-penting saja).

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Pakailah tudung mengikut syariat sebenarPakailah tudung mengikut syariat sebenar

Sekian, semoga saya dan kita semua dapat beringat dan amalkan apa yang kita tahu.

Panduan Cara Menetapkan Matlamat / Azam

Pertama sekali saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431″ yang akan bermula pada hari Jumaat 18 Disember 2009 ni.

Sebut pasal tahun baru, biasanya orang akan bercakap mengenai AZAM tahun baru. Jadi apakah azam anda tahun 1431H ini? Sudahkah anda menetapkan azam atau matlamat anda tahun ini?

Sesetengah daripada kita, apabila diitanyakan soalan, Apakah azam/matlamat ko tahun ni? Mereka akan menjawab, “Aku ingin menjadi lebih baik daripada tahun lepas!!!!“, “Aku nak jadi kaya!“.

Namun, apabila ditanya, apakah perancangan mereka dalam usaha untuk mencapai azam/matlamat yang dibuat, mereka diam membisu. Tidak dapat menjawabnya. Jadi, adakah azam/matlamat yang mereka nyatakan itu benar2 satu azam/matlamat atau hanya sekadar angan-angan Mat Jenin dan omongan kosong semata2?

Justeru, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips panduan bagaimana kita dapat menetapkan azam/matlamat dengan cara yang lebih tepat.

Apakah perkara yang penting yang perlu anda catatkan dalam membuat matlamat??

* Menetapkan matlamat dengan jelas
* Merancang cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
* Melaksanakan perancangan

  • #1 : Tetapkan azam/matlamat yang dapat memotivasikan anda Pastikan azam atau matlamat yang anda buat itu dapat memberikan motivasi dan semangat kepada anda. Bagaimana nak tau azam/matlamat kita tu ada motivasi atau tak? OK, cuba pejamkan mata anda dan bayangkan yang anda telah pun mencapai matlamat anda tu. Adakah anda berasa sangat teruja dan merasai keseronokannya? Adakah anda dapat merasai betapa gembira dan cemerlang nya anda mencapai matlamat itu? Kalau ya, bermakna matlamat/azam yang anda buat itu memang dapat memotivasikan anda.
  • # 2 : Gunakan teknik S.M.A.R.T dalam menentukan matlamat anda

S = Specific (terperinci / khusus)

Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah khusus. Contohnya, “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini”.

M = Measurable (boleh diukur/dinilai)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Contohnya (kalau ikut matlamat di atas), “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, jangkaan nilai/harga ialah RM80,000”. Pentingnya nilai/harga di sini, ialah kerana kita akan dapat membuat kiraan/nilaian kemampuan kita dan tahap pencapaian yang telah dicapai dari semasa ke semasa. Contoh matlamat kita di sini ialah ialah untuk beli kereta Vios, maka kita perlukan duit kira2 RM80,000 sebagai ukurannya. Kalau kita kena bayar deposit 10% daripada harga kereta, bermakna kita kena ada duit sekurang2nya RM8,000. Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Vios. Maka tulislah dalam matlamat kita tu seperti ini “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8,000”.

A = Attainable (boleh/mampu dicapai)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu juga mestilah boleh/mampu dicapai.
Contohnya (sama seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan buat part time untuk cari duit deposit kereta Vios aku sebanyak RM8,000. Aku akan buat mengajar tuisyen selepas waktu kerja dan dapatkan sekurang2nya RM50 sehari dan menyimpan duit itu untuk membayar deposit kereta nanti”.Maknanya di sini, kita telah letakkan komitmen atas diri sendiri sebanyak RM50 sehari untuk kumpul duit deposit membeli kereta Vios yang diidamkan tu.

R = Realistic & Relevan (realistik & berkaitan)

Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistik dan relevan dengan diri kita.
Contohnya (seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum tahun 2010″. Matlamat seperti ini sememangnya realistik dan kita pasti mampu melakukannya.

Contoh matlamat yang tidak realistik ialah “aku nak beli Kereta Ferrari”. Tetapi dia hanya bekerja sebagai kerani dan tiada pengalaman untuk buat ‘part time’. Jadi, matlamat sebegini hanyalah seperti angan-angan Mat Jenin.

T = Time-Bound (tempoh masa/ deadline)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu atau deadline.
Contohnya, “Aku akan beli Vios dalam tahun 2009 ini. Jadi mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum bulan Oktober 2009. Aku akan membeli Vios selewat2nya dalam bulan Disember 2009″. Maka, bermula dari sekarang, aku akan kontek pusat2 tuisyen dan start mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari.” Maka, adalah sangat jelas dicatatkan dalam matlamat bahawa, tempoh masa untuk mencapai matlamatnya mengumpul RM8,000 ialah sehingga bulan Oktober 2009 dan beli vios selewat2nya bulan Disember 2009. Ia adalah tempoh masa yang jelas.

  • #3: Tuliskan azam/matlamat anda.

Tulis matlamat anda dan lekatkan ditempat2 yang mudah dilihat di bilik anda. Anda juga boleh tulis di atas sehelai kertas, lipat dan masukkan dalam ‘wallet’ anda. Bawalah kemana2 supaya anda boleh tengok dan ingatkan diri anda tentang matlamat/goal anda. Dengan menulis matlamat dan melihatnya secara kerap, anda sebenarnya telah memasukkan satu bentuk arahan ke dalam minda bawah sedar anda agar sentiasa ingat dan berusaha mencapai impian anda tersebut. Hasilnya, anda akan jadi lebih fokus dan tidak membazir masa membuat perkara2 yang tiada faedahnya.

  • # 4 : Rancang dan buat pelan tindakan

Ini sangat kritikal dan penting. Ramai orang mengabaikan dan tidak membuat pelan tindakan ke atas setiap azam/matlamat yang telah ditetapkan. Kesannya, mereka menjadi tidak yakin bahawa mereka akan berjaya mencapai matlamat mereka sendiri. Jadi, anda hendaklah menulis langkah demi langkah, apakah pelan tindakan yang boleh anda ambil dalam melaksanakan misi anda. Perincikan apakah langkah tindakan yang anda akan buat setiap hari, setiap bulan dari masa ke semasa dalam mencapai matlamat anda.

  • # 5 : Fokus kepada pelan tindakan dan terus bertindak lagi dan lagi…

Ingat, dalam proses untuk mencapai matlamat, anda mesti fokus dan tidak terganggu dengan perkara2 yang melalaikan. Anda sudah memiliki pelan tindakan harian/bulanan. Pastikan anda laksanakan setiap tindakan/langkah yang telah anda tetapkan dalam pelan tindakan. Buatkan 1 senarai semak tindakan yang anda sudah laksanankan dan senarai tindakan yang belum di buat. Muhasabah tindakan/aktiviti harian anda setiap hari. Buat analisis, berapa peratus kah masa yang anda gunakan untuk melaksanakan misi anda setiap hari.

  • # 5 : Berdoa dan bergantung sepenuh harapan pada ALLAH agar memberikan kejayaan pada anda.

Akhir sekali dan YANG PALING PENTING ialah, SENTIASA BERDOA pada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan tindakan/tugas2 anda. Bersangka baik dan yakinlah akan pertolongan daripada ALLAH. Sesungguhnya semua ketentuan ALLAH adalah yang terbaik untuk anda.

*Tips2 lain:

  • Pastikan matlamat anda realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu.
  • Pastikan matlamat anda jelas dan tidak kabur, kerana matlamat yang kabur tidak akan memotivasikan anda.
  • Buatlah matlamat yang agak fleksibel dan mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu.
  • Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan diri dan keluarga anda.
  • Ingatlah pepatah arab dalam mencapai matlamat anda. Pepatah Arab ; ‘ “Manjadda wajada…” bermaksud ; “Siapa yang berusaha, dia pasti berjaya…“.

Awal Muharram 1431H – Apa perlu dibuat?

Salam ukhuwah buat semua,

Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya
yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan
nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada
kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa
& raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun
baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau
kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari
Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru
sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara
terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah
sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari
kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan
dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran
Islam itu sendiri.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering
memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang
sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah
jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru
hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah
lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada
mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka
yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan
solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk
meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari
semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya
lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”
.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

* Klik sini untuk Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah *

Secret Sign- Lambang Masonic Di Sejadah

Sejadah. Ye sejadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita bersembahyang. Di sini saya hanya mahu berkongsi gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic yang telah dikongsikan oleh seorang sahabat dan informer saya, Muzamil.

Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, kita boleh ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)
2. Bintang dan Bulan
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz

Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.

GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz

Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.

Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.

Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109