Sempena Hari Guru kali ini, saya akan membawa sebuah biografi seorang ulama dan guru yang telah menyerahkan seluruh hidupnya dalam kebaktian pada pendidikan iaitu Tuan Guru Haji Yusoff.
Tuan Guru Haji Yusoff bin Haji Saad dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Relau, Bandar Baharu, Kulim Kedah. Namanya terkenal dan meniti di bibir masyarakat Seberang Perai Selatan dan utara Perak. Beliau telah diasuh dan dididik dengan penuh nilai keislaman serta kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Suasana itu menyebabkan beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana sikap lemah lembutnya tetapi tegas dalam perkara melibatkan akhlak anak-anak muridnya.
Pendidikan Awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak iaitu sebuah madradah yang tidak asing lagi dimata masyarakat Islam di sebelah utara. Di situlah lahirnya ramaicerdik pandai dan agamawan yang ulung. Beliau memulakan pengajian bersama sahabat karibnya, Tuan Guru Ustaz Haji Ibrahim, yang juga sepupunnya. Setelah tamat pengajian beliau menyambung pengajian di Pondok Guar Chempedak, Yan Kedah yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdullah Sanaf, seorang guru yang alim.
Setelah beberapa tahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas yang dipimpin oleh seorang ulama yang sangat disegani ramai, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. Beliau sempat mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Abdullah Fahim. Kemudain beliau melanjutkan lagi pengajian ke Madarasah Manabiul Ulum Wamataliu’nujum yang ketika itu dipimpin oleh seorang ulama terkemuka bernama Syeikh Usman Jalaluddin al-Kalantani yang merupakan murid kepada Tok Kenali. Di sini kewibawaan beliau mula terserlah apabila beliau diamanahkan mengetuai usrah-usrah dan majlis muzakarah di madrasah tersebut.
Seterusnya beliau beriltizam untuk meneruskan pengajian ke gedung ilmu yang termasyhur iaitu Makkah. Hasrat beliau itu tercapai apabila tamat pengajian di Manbiul Ulum dan terus melanjutkan pengajian keMakkah. Ketika di sana beliau sempat bersahabat dengan beberapa tokoh yang terkenal seperti Tuan Guru Abu Bakar Baqir, pejuang kemerdekaan dan juga pengasas Mahaad Ehya Syariff.
Mendirikan Rumah Tangga
Setekah selesai pengajian di Makkah, pada tahun 1953 beliau pulang dan bertemu jodoh dengan Hajah Kalsom Haji Putih adik perempuan kepada sahabat beliau Tuan Guru Haji Talib bin Haji Putih. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Kalsom,mereka dikurnaikan enam cahaya mata. Salah seorangnya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz, yang kini memikul tanggungjawab sebagai mudir Madrasah Irshadiyah al-Asharaf al-Wataniah.
Membuka Madrasah
Pada tahun 1953, beliau telah melihat dan mengkaji perlunya masyarakat tempatan di sekitar daerah Seberang Perai khususnya Sungai Bakap kepada sebuah madrasah atau pusat pengajian yang berteraskan pondok. Oleh sebab itu, beliau telah memilih sebuah perkampungan Islam di Jalan Stesen, Sungai Bakap untuk mendirikan sebuah musolla dan seterusnya menjadi sebuah madrasah. Atas keprihatinan dan bantuan penduduk setempat akhirnya hasrat beliau itu tercapai. Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah yang bermaksud Petunjuk dan Penggerak Anak-anak Bangsa.
Dengan tertubuhnya madrasah ini, maka ramailah anak murid yang dating untuk menuntut ilmu. Anak muridnya tidak terbatas sekadar di kawasan Sungai Bakap sahaja malah hingga ke daerah Kerian seperti Perit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai dan kawasan sekitarnya.
Menyedari suasana pendidikan yang sentiasa berubah, maka beliau telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Halim anak saudaranya, untuk membahagikan pengajian kepada dua bahagian iaitu nizami dan umummi. Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dan mentadbir bahagian umummi manakala Tuan Guru Haji Abdul Halim mengajar dan mentadbir bahagian nizami.
Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dengan penuh rasa tanggungjawab demi memastikan anak-anak muridnya mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Oleh sebab itu beliau sangat bertegas dengan tatatertib dan disiplin diri seorang pelajar. Antara perkara yang dititik beratkan ialah, beliau tidak suka pelajar menyimpan rambut panjang dan membaca majalah-majalah yang tidak berfaedah.
Kembali ke Rahmatullah
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang hidup akan meninggal dunia. Begitulah juga dengan Tuan Guru Haji Yusoff. Beliau kembali ke rahmahtullah pada 1 Muharam 1399/20 Disember 1979. Pemergian beliau ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak murid dan masyarakat setempat.
Tugas beliau akhirnya dipangku oleh anak saudaranya Tuan Guru Haji Abdul Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat setempat kerana telah mewariskan sebuah institusi pendidikan yang sangat berjasa pada anak bangsa. Antara pesanan terakhir kepada anak murdnya ialah: “Aku mengajar supaya kamu boleh belajar”. Begitulah jasa dan sumbangan Tuan Guru Haji Yusoff pada masyarakat setempat. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
I do not know if it’s just me or if perhaps everybody else experiencing issues with your blog.
It looks like some of the text in your posts are running off the screen.
Can someone else please provide feedback and let me know if this is happening to
them as well? This might be a problem with my browser because I’ve had this happen before.
Appreciate it
LikeLike
tel/fax :045826389
LikeLike
assalamualaikum…mcmmana nak hubungi pihak pengurusan sek pondok n?i dah cari artikel tapi tak jumpa contact number.ada saper2 yg blh bantu saya? tolong sms no phone sek pondok pada saya.no saya 011-12409426.mengharap sgt2 jasa baik bekas2 pelajar yg terbaca komen saya ni
LikeLike
diiktiraf serta dimuliakan oleh baraqah2 kebanyakkan2 ulama’2 yg alim2 lagi yang arif2 lagi yang ahlillah yang asal mereka2 itu sentiasa istiqamah dalam ilmu wa amal ilaa akhirii..
LikeLike
salam…pondok sungai bakap the best..wlaupun ana skolah dkat sne kejap jew tp memang memberi byk kenangan..:)
LikeLike
salam
boleh sy dapatkan no telefon sek pondok?? atau org perseorangan yg menguruskan sekolah..
LikeLike
assalamu’alaikum yaa ahlillah..hiduplah dlm kasih sayang allah dan syfa’ah rasulullah s.a.w. serta baraqah guru2 ada silsilah hatta tabi,in2 khalaf salaf sahabat2 ila rasulullah s.a.w. amai2..
LikeLike
salam boleh ana tahu madrasah ni di iktiraf oleh?
LikeLike
assalammu’alaikum kepada semua yang pernah menjadi warga Irsyadiah dari utara hingga selatan dan dari seberang lautan hanya semata-mata mencari mutiara ilmu.
Berbagai idea, pengalaman dan cara boleh dilakukan untuk memajukan niat yang baik. Ana cadangkan pergilah ke fb “Irsyadiah Dimemori”, bertanya khabar dan bermuzakarah bila ada kelapangan masa. Bertukar-tukar pandangan.
Mengambil maklumat mengenai Tuan Guru Hj.Yusuf, sudahkah meminta izin dari penulisnya yang tidak pernah menjejakkan kaki di Irsyadiah?
LikeLike
Salam ya ahli pondok..moga sihat afiat hendaknya..hamba sebenarnya dah lamo tk dongar budak2 bersilat serta berwirid zikir kt dlm pondok seronoknya jika beramai ramai kita bermuzakarah ilmu2 ok jumpo lagi dehh..
LikeLike
salam warga abjad(a)pondok sg bakap khususnya wa warga pondok amnya mudah2han diberi rahmat oleh allah dan diberi syafaat oleh rasulullah s.a.w.serta diberi baraqah oleh guru2 yg ada silsilah hatta rasulullah s.a.w.amin2 maka jika warga pondok ingin lihat pondok sg bkp bercahaya cahaya dgn sinaran rabbuljalil seumpama hal org2 alim ulamak terdahulu maka awal2 hidupkan dgn muzakarah2 akan ilmu2 yg bermenafaat dlm ugama allah syariat rasulullah s.a.w. serta ilmu amalan ulamak2 yg mewaris mrk itu drpd khalaf salaf wa sahabat2 hatta rasulullah s.a.w. maka hidupkan amalan2 yg dibangsakan kerohanian tk kisah apa shj jgnlah hatta sesat aqidah syariat dan akhlak dan terpesong drpd hukum syarak maka terus hidupkan amalan2 ulamak2 dgn selawat2 bertasbih tahmid2 wirid2 zikir2 wa apa saja amalan2 dibangsakan kerohanian silakan teruskan maka jgnlah sampai tinggal mengaji akan kitab2 ulamak yg di ajar dimadrasah dan mentelaahlah kitab2 ulamak tiap2 hari dan muzakarah apa2 yg banyak tk faham tk tahu tanyalah akan ahlinya yg arif saja seterusnya bagi mrk2 yg berilmu dipondok usah hijab jadikan dinding tk nampak kebenaran larilah drpd sifat2 mazmumah yg hina disisi allah terima pakailah sifat2 mahmudah yg dipuji oleh allah ila yaumiqiyamah maka didiklah ajarilah sayangilah kasihanilah mrk2 marahlah bantahlah pukullah semata mata kerana allah jgn nafsu sertakan dgn doa hargailah sapa2 dibawah didikan jagaan yg di amanah olah allah dan mudah2han allah ampunkan segala dosa2 kita intahaa..
LikeLike
mudah2han mereka2 yg masih terus istiqamah dipondok2 hal jemaah maka muzakarahlah akan segala ilmu dan amal yg manafaat dlm akhlak aqidah serta feqh agar menjadi cahaya keseluruh diri rohani jasmani seterusnya segala kemusykilan2 maka rujuklah akan ahlinya yg arif halnya lagi jgn membenci keji hina akan ahli2 pondok dan tok2 guru pondok serta ulamak2 yg beramal akan ilmunya maka hasil baraqahnya lah melimpah ruah dapat kita merasai cahaya ilmu dan amal keseluruh diri2 kita intahaa..
LikeLike
salam..bismillahi maa syaa allah..allohu akbarr laa ilaa ha illallah allah..allah..allah..sahabat2 boleh cal 0175930007 ok gerak alamat hidup diam alamat mati gerak olehmu ke arah mulia paling mulia agong mulia maha mulia berpalinglah drpd hina paling hina agong hina..
LikeLike
assalamua’laikum.. Ya allah.. Alhmdlillah.. Allahuakbar.. Rupa2nya da jgk yg ingin serlahkn sek0lah miaw nie.. Walau jauh dimata tp dkat dihati.. Sk0lah yg pnuh barakah.. Mudah2an sk0lah nie sntiasa dlm prlndungn n krdh0aan allah..
LikeLike
LikeLike
s’kum kpd pembaca…..kpd pelajar yg mengenali saya….
saya rindu kmu my bestfriend….
kpd mohd hafiz bin amri…..
if nak khawin jemput2 ye…
mizzzz… u
ct
brunei
LikeLike
tak baru la dah lama.>>>
LikeLike
nih anuar kreq ka sleoz anuar
LikeLike
a
LikeLike
salam,
bla ada blog nih? tak ramai plajar kita yang nak komersialkan tntang skolah kita dlm alam maya,, ” syabas sdara “.. bebaru nih ust. fuzy baru menyiapkan sebuah blog ponsoksungaibakap rajin la kesana bg support skit.. dlm tu bliau akan myediakan aktiviti pondok sprti perjumpaan bkas plajar dan mungkin akan ada sebagainya lagi… dan juga tak lama lagi akan ada ihtifal sanawi di skolah..
LikeLike
salam alaik…..hurm……firstly…this the great articles……..congrat 2 the writer……muhd hazrie abd wahab………..klu x slah lar kan….to ‘atiqah n maryam…..im proud of you 2…coz w’luapun dok kt koala lompo n still study kt (kuis)sempat jgk korang bkak blog sek sendiri…..atau lbey tepat blog yg menceritakan tentang ‘TUAN GURU” kite…ouppps…terlepas ckap lar pulak..hehe……dah berkali2 sy bkak blog ne,tp wk2 tue xde comment dr spe2…so,i rse nobody’s opened this blog….hah….kpd spe2 yg ade bce artikel tntg ‘TUAN GURU’ arap2 sudi lar comment2 spaye sy xde lar boring asyik bce comment org yg sme jer….for surely,bce lar artikel tntg tok guru ne bebyk kali own xpe…xrugi n xkn boring pnye…..trust me……urmh……the best part about TUAN GURU adalah lahir di kampung relau,kulam kedah……n hopely MADRASAH IRSYAD bertahan buat selame-lame nyew lar….so,sy arap sgt2 kpd penulis…….klu rajin lg,wat ler byk2 cket blog tntg guru2 ‘MADRASAH IRSYAD AL ASYRAF AL WATANIAH’……baru ler sek 2 akan lbey terkenal….did i too much…????????!!!!!!! i hope so………wassalam…..
LikeLike
semoga segala jasa bakti beliau mnjadi panduan kita brsama…
LikeLike
saya seorang bekas pelajar s.bakap gak, tamat pengajian pada tahun 2008, pondok s.bkp mmg best,mninggalkn ksan yg mndlm kat sy………pndk s.kp yg pnoh barakah……..AMIN
LikeLike
saya seorang bekas pelajar s.bakap, tamat pengajian pada tahun 2008, dan saya suka dgn artikel d atas krn mngngatkn asl usul tntg pndk s.kp yg pnoh barakah……..AMIN
LikeLike
tima kasih krn sudi ziarah..so rajin2 lh lawat blog sya yer
LikeLike
assalamualaikum saudara..ziarah jap,dan kebetulan saya salah seorang bekas pelajar sek. pondok sg.bakap.menarik artikel tuan.banyak info kat blog ni,menarik.thanks.wasalam.
LikeLike