Salam semua. Saya minta maaf sebab dah lama juga tak update blog. Saya sebenarnya balik ke kampung isteri di Baling 3~4 hari ni. So, masuk hari ni dah lebih 4 hari tak online. Saya minta maaf banyak2 kepada mereka yang hantar email dan komen, sebab tak dapat nak balas email dan komen2 korang.
Mulai hari esok saya sibuk dengan pelbagai meeting pula. Nampaknya susah juga la nak update blog dan balas email/komen2 yang diberikan. Saya harap korang faham keadaan saya yang tersangatlah sibuk ini…huhu
Apa2pun, dalam post kali ini, saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung isteri hujung minggu lalu.
Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan. Apa yang perlu anda buat ialah,
- Cium atau hidu lah bau epal.
- Kemudian, makanlah epal tersebut.
* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.
Ada saper2 pernah amal petua ini? Kongsikanlah pengalaman anda.
Sekian.