Ini adalah ulasan e-book Islamic View Of Gog And Magog in the Modern World oleh Ulama Terkenal Imran N. Hosein. Anda boleh mendownloadnya Di Sini!
Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?
Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.
Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.
Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.
Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…”; al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?
Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Nabi saw bersabda:
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!
Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:
(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan
(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).
(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:
“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98
Ya’juj & Ma’juj adalah manusia
“…tembok di antara kami dengan mereka…”; al-Kahfi:97
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.
“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; al-Kahfi:94
“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; al-Maa’idah:33
Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.
Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.
“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13
Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.
Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.
kredit to Mr Smile (http://bestweh.heavenforum.com/)
Download- e-Book An Islamic View Of Gog And Magog By Imran N. Hosein
Ini adalah e-book dari Ulama Terkenal iaitu Imran N. Hosein khas untuk pengunjung blog aku yang aku hormati.
I began my study of Gog and Magog more than fifteen years ago in the early 90’s while resident in New York. My subsequent public lectures on the subject never failed to provoke keen interest from my Muslim audiences in several parts of the world. The evidence and arguments presented in the chapter on Gog and Magog in my book, ‘Jurusalem In Islam’, succeeded in convincing many who read the book that we now live in a world dominated by Gog and Magog. They were easily convinced that the ‘town’ mentioned in the Qur’ān in Sūrah al-Anbiyāh’ (21:95-6) was Jerusalem and hence, that Gog and Magog (and Dajjāl) explained the ominously unfolding ‘war on Islam’ with slaughter and destruction of Muslims in so many parts of the world. As a consequence, such readersalso understood Israel’s mysterious imperial agenda, and many have been making efforts to extricate themselves and their families from the embrace of Gog and Magog – an embrace that will take 999 out of every 1000 of mankind into the hellfire. Despite my best efforts, however, I failed miserably, again and again, to convince my learned peers, the scholars of Islam, that Gog and Magog were even released into the world. I earnestly hope and pray that this book might make a difference Insha’ Allah.
Assalamualaikum..Fakta yg amat.menarik perlu.d.ketahui umat islam umumnya.Harap tulis lg dan kongsi.
LikeLike
Keluarnya yakjud n makjud membawa kerosakan, imam mahdi muncul memerangi mereka stelah itu imam mahdi menjadi khalifah muncul pula al masih ad dajjal merusakkan pegangan manusia. Imam mahdi xbrdaya memerangi dye maka trunlah al masih al isa
LikeLike
bertaubat la dl
LikeLike
japaneese and their robot
LikeLike
I cannot understand why this air conditioner was only
quiet for one week.
LikeLike
Satu lagi tanda tanda Dajjal. Sebenarnya tanda2 itu hanya akan jelas bagi orang2 “yg beriman & berilmu”…. berarti ada 2 tipe, pertama “beriman, kedua berilmu”. Adalah sombong seorang ulama bila dirinya merasa sudah menguasai semua ilmu. Karena ilmu itu seperti lautan, takkan cukup bagi usia manusia mempelajari & menguasainya, kecuali ia menjadi rendah diri dan merasa “kurang”, maka ia akan bertanya kepada orang2 berilmu lainnya, untuk berbagi pengetahuan, sehingga terbukalah matanya akan pertanyaan2 yg belum tentu jawabannya benar atau salah, karena benar atau salah itu hanya Tuhan yg mengetahui, di sisi kita, hanya wajib untuk tak berhenti membaca membaca membaca “Iqra”….. dan terus “belajar”, itulah Kebijaksanaan yg hakiki sebenarnya. Selamat mencari jawaban2 atas misteri2 dunia yg palsu ini, dan bertanyalah kepada orang2 yg memiliki disiplin2 ilmu yg berbeda, karena engkau akan meraih sebuah jawaban dari berbagai sudut pandang yg akan mengarahkan pada sudut kebenaran itu sendiri, kebenaran yg sebenar-benarnya yg sangat sulit ditemukan ditengah2 tipuan2 yg terjadi di atas dunia ini. Bila ingin mempelajari Penipuan, cobalah untuk berada di wilayah para Penipu (namun bukan lantas menjadi bermaksiat kepada Tuhan, tapi itu strategi mengetahui prihal2 tentang musuh2mu, berbaik sangkalah agar mereka menjadi temanmu walau dalam hatimu mereka bukanlah teman), itulah strategi terbaik mempelajari permainan Politik para Penipu. Bila tanda2 Dajjal ada pada lambang mata uang Dollar yg bertanda Ular yg membelit tiang $, maka itulah pengertian Ular sebenarnya dalam ramalan2, dan kekuasaan Dajjal ada di balik lembaga Keuangan Dunia yg mengatur perdagangan manusia menjadi tak berbeda dengan “Riba”! Itulah arti seekor ular yg akan “menandai setiap manusia Kafir”, ketika mereka mempercayai Uang adalah Media Kebenaran, padahal itulah Penyesatan sebenarnya. Pelajarilah sejarah Bursa Saham, VOC, British Indies Company, Rothschild Family & Rockefeller, maka kalian akan bertemu dengan makna2 Ya’jud Ma’jud & Dajjal. Dan satu lagi, sejarah Bursa Saham tertua di Dunia adalah VOC yg pernah menjajah Indonesia hingga di perangi para kakek moyang Indonesia dengan mengucap Allahuakbar, Merah Berani, dan Putih karena itu adalah Perjuangan yg Suci melawan kaum kafir. Hanya seorang Teuku Umar yg pernah berhasil “menipu VOC”, karena seorang Teuku Umar membaca Al Qur’an & segala tafsir para Rasul, di karenakan umat manusia tak mampu menafsirnya secara baik, maka sejarah hanya akan berulang dalam bentuk dan skema politik yg berbeda namun memiliki “dampak yg sama”. Dajjal dalam pengertian sebenarnya adalah “yang menutupi” suatu maksud tujuan. Itulah mengapa bangsa2 Eropa terpecah belah, Jerman terpecah belah, Rusia terpecah belah, Afrika terpecah belah, Arab terpecah belah, dan Indonesia akan di pecah belah kembali seperti dulu melalui fitnah2 antara kubu2 yg terhasut! Itulah ujian Tuhan kepada semua umat, agar menjadi pelajaran “bagi yg berakal”, kecuali yg tidak menggunakan akal untuk berfikir. Dajjal & Ya’jud Ma’jud hanyalah ujian kepada manusia untuk menguji “keimanan” masing2 manusia, apapun rasnya, apapun agama mereka.
LikeLike
ohya, satu hal lagi yg dilupakan para Ulama. Pernahkan mereka mempelajari siapa Yahudi sebenarnya? Padahal bangsa yg merebut tanah Palestina bukanlah dari Ras Yahudi sebenarnya, bahkan mereka bukan Yahudi. Benar, mereka beragama Yahudi, namun, tahukah para Ulama bahwa Yahudi sebenarnya hanya berjumlah sangat sedikit, sedangkan Ya’jud Ma’jud yg bercampur dengan ras2 manusia itu berjumlah banyak? Maka bagaimana kita bisa membedakan mana yg Yahudi mana yg menjadi “korban” fitnah? Setiap kelompok manusia sebenarnya akan menjadi korban Fitnah, tidak Islam, tidak Kristen, tidak pula Yahudi. Dalam akhir zaman hanya ada satu kelompok yg di menangkan, dan tak semua kelompok benar atau salah. Bahkan bila seorang Islam pun bisa menyimpang dari keIslamannya, dan seorang Kristen bisa menyimpang dari ke Kristenannnya, dan sorang Budha bisa menyimpang dari Kebudhaannya, lalu siapa seharusnya yg dikuatirkan? Bila para Ulama mempelajari Realitas Kekuasaan sebenarnya, Politik, Bursa Saham, Sistem Perbankan, dan Militer, maka para Ulama InsyaAllah akan didekatkan pada jawaban sebenarnya. Mungkinkah sebuah Lembaga yg menghutangkan terhadap 2 kelompok manusia yg saling berperang yg keduanya membiayai 2 perang tersebut tidak di sebut2 sebagai Iblis sebenarnya, tapi malah justru di anggap suci oleh manusia hingga manusia mau berbondong-bondong menaruh uang di brankas Bank2nya yg tersebar dengan banyak nama2 Brands yg berbeda, padahal dikuasai satu kelompok saja? Lalu itukah “kebenaran” tentang Rumah Suci manusia harus “menanamkan” modalnya? Mengapa setelah bekerja, manusia2 masih mau menitipkan uang ke sebuah Bank, tapi banyak yg tidak rela bila itu di titipkan di Mesjid, Gereja, Pura atau tempat2 ibadah yg dianggap suci, tapi mereka malah secara bersama-sama, melakukan hal yg sama? yaitu menjadi “Kikir”? Siapakah Pengendali Manusia yg menakutkan manusia2 dengan “inflasi ekonomi” yg menyebabkan rush sehingga semua manusia menjadi “kikir”? Maka, cobalah tengok jawabannya dari sejarah berdirinya “Perbankan” sebagai tempat yg di anggap suci oleh semua manusia, dan setiap negara nyata2 di kendalikan oleh Aristrokat Pengendali Keuangan yg menguasai Perbankan & Bursa Saham yg dibaliknya mengandung manufaktur2 yg memiliki raksasa aset yg di sebut “para pekerja” yaitu semua manusia, sementara mereka cukup hanya mengendalikan Riba dan semua manusia tetap menamkan modalnya ke dalam Bank2 tersebut, padahal merekalah Pengendali Konflik2 antara ras2 manusia! Semua hanya demi Profit Profit Profit! Itulah iblis di antara manusia sebenarnya, yg mengendalikan semua ras manusia, semua agama, kedalam konflik2 dan perpecahan agar mereka saling membunuh satu sama lain ketika mereka di kendalikan oleh lapar dan dahaga akibat inflasi (kekacauan ekonomi) akibat Penguasaan2 Lahan2 Ekonomi oleh Raksasa2 Kapital2 yg tersebar di atas Dunia yg mengendalikan “Aset Ekonomi & Pekerja”, dan bagi mereka Pekerja (manusia) adalah Aset untuk “diperbudak” oleh sistem Suplai uang. 😉 semoga ilmu ini bermanfaat membongkar rahasia tentang Ya’jud Ma’jud sesungguhnya yg telah bercampur dengan hampir semua ras manusia. Selamat menikmati hidangan Akhir Zaman!
LikeLike
🙂 tanda ular dalam ramalan itu adalah lambang $ yaitu mata uang Dollar, itulah tanda yg diberikan kepada orang2 Kafir/dikafirkan walaupun itu di desain segelintir orang2 (aristrokat politik & ekonomi dunia). Sebenarnya pandangan umat tentang tafsir Dajjal & Yakjud Makjud banyak yg keliru. Kecuali para ulama itu mempelajari 2 hal selain pandangan tafsir & Al Qur’an, yaitu ilmu Fisika & Ekonomi, karena keduanya berkaitan dan di”monopoli” oleh 2 kelompok terbesar di atas dunia. Siapakah 2 kelompok yg berkuasa atas “Logam Mulia dan Bijih Besi di atas Dunia”? Hanya ada 2 Kelompok. Padahal jelas, zaman kerusakan telah terjadi dari abad2 awal tipu daya, penjajahan antar kelompok manusia dari 2 kelompok yang menerapkan politik Devide at Impera (melalui Fitnah2 antara 2 kubu), pertama muncul di Eropa dengan perusahan VOC & British Indies Company yg akhirnya para aristrokat dibaliknya membubarkan perusahaan dagang itu untuk ‘manuver politik lidah ular’, kedua dari Asia (Jepang) dengan Romusha (kerja paksa), baik kedua kelompok ini menguasai apa yg menjadi “cobaan” Tuhan kepada keduanya yaitu “tembok besi”, sebagai pelajaran, hingga ilmu tentang “logam” tadi mereka kuasai lalu akhirnya tembok itu jebol sebagai “hikmah” Tuhan kepada mereka. Semua itu nyata2 adalah “dendam” mereka kepada Yang Maha Kuasa. Bayangkan rasanya terpenjara dibalik tembok besi yg dingin, walaupun terdapat beberapa pohon dan makanan ternak dibaliknya, namun bila mereka bergerak ke Utara yg suhunya lebih “mematikan”, maka tak ada jalan keluar kecuali “mereka terus menerus berusaha melubangi besi itu hingga akhirnya hikmah yg mereka dapatkan adalah ‘ilmu melumatkan besi’ dengan ilmu pengetahuan setelah ribuan tahun tertahan dibaliknya. Bayangkan betapa “marah & dendamnya” seorang yg terpenjara dibaliknya, lalu dengan sumpah mereka akan menguasai semua manusia untuk “ditipu daya dengan ‘ilmu pengetahuan'”. Sesungguhnya bila para ulama mempelajari sejarah2 Revolusi Industri Dunia (terkait dengan manufaktur2 logam yg melahirkan alat transportasi Rel2 Kereta Api dari mulai Afrika, Asia & sebagian besar Eropa, serta Sistem Keuangan dan Politik, maka para ulama akan mendapatkan jawaban yg lebih mengarahkan pada kebenaran tentang maksud dari tafsir2 itu. Tidak ada yg tahu persis, kecuali “sifat2 yg dijelaskan tentang Yakjud Makjud”, yaitu mereka akan menghabisi setiap “sumber daya alam”, ini terkait dengan kekuasaan atas “monopoli ekonomi politik”. Bila para ulama mempelajari “Bursa Saham”, dan masuk kedalam instrumen itu, dan mempelajari sejarah2 lahirnya “perusahaan2 pengendali manufaktur dunia khususnya yg 90 persen memerlukan unsur2 logam sebagai pengendali” maka para ulama InsyaAllah akan di dekatkan pada jawaban sebenarnya tentang siapa2 penguasa2 Perusahaan2 Raksasa Pengendali Politik Dunia yg berkuasa atas Pemerintahan2 Dunia yg mengendalikan setiap Sumber Daya Alam Vital dan praktis mengendalikan Sistem Keuangan yg mengendalikan semua manufaktur Politik, Tipu Daya (Media Massa) dan Uang serta Hukum Suplai Uang yang mengendalikan Pendulum Inflasi-Deflasi serta kekacauan Ekonomi yg menyebabkan para pengendali distribusi barang ketakutan akan bahaya turunnya “nilai mata uang” sehingga mereka “menimbun barang di gudang yg menimbulkan kepanikan pada “konsumen” yg adalah rakyat di semua kalangan mulai dari pekerja hingga tukang parkir. Baik Dajjal dan Yakjud Makjud adalah kelompok yg sama, bekerja sama walaupun rasnya berbeda, keduanya bahkan “bersaing” dalam praktek2 “monopoli & politik” perdagangan, dan yg lebih utama adalah baik keduanya mengendalikan sistem Riba (Perbankan) yg mengendalikan suplai mata uang antar negara yg praktis mengendalikan isu2 perdagangan & politik yg menekan “upah para pekerja”. Hampir kebanyakan ulama selama ini hanya sibuk mempelajari tafsir2 berulang-ulang, namun barangkali hanya beberapa ulama yg mempelajari Sistem Perekonomian & Sejarah Lahirnya Bursa Saham & Bank Sentral Dunia serta Sejarah Revolusi Industri yg dibaliknya itu dikuasai oleh Perusahaan2 Manufaktur Utama dari Elite keluarga yg sama dari masa2 Revolusi2 pertama di Eropa, Kolonialisasi dari Afrika, Asia, hingga Amerika & Australia sendiri hingga Timur Tengah yg sulit dikendalikan oleh “mereka”…… Dan 2 Kelompok Ya’jud Ma’jud itu adalah, satu dari Timur, Kedua dari Utara…. yg satu yg akan melahirkan Perang Dunia ke 3 dari wilayah Timur sebagai tanda2 terkahir, yg pertama telah terjadi yg melahirkan Revolusi Inggris, Prancis, Rusia, hingga Revolusi Amerika, hingga melahirkan Perang Dunia I & II, lalu melahirkan monopoli perdagangan melalui PBB, World Bank & IMF. Baik keduanya, adalah yg “mengendalikan perekonomian dunia melalui tangan2 Kuasa Kapital” bahkan tidak merujuk ke suatu bangsa, bukan Amerika, bukan pula Inggris, tapi 2 suku Ya’jud Ma’jud yg terbebaskan dari arah pegunungan diantara 2 lautan yg di jelaskan di Alqur’an yaitu pegunungan Kazbek sebelah ujung utara Rusia, yg setelah lama mereka terbebaskan mereka “bercampur dengan manusia” (yg berarti bercampur dg ras2 manusia lain baik di wilayah Eropa maupun Asia) dan mereka “menyebar” hingga sulit di kenali siapa ras mereka sebenarnya! Yg kita tahu, mereka sudah ada di sekeliling kita, mengendalikan manufaktur2 Ekonomi & Politik setiap negara melalui instrumen2 kuatnya dari G20, WTO, IMF, World Bank, dan Bank2 raksasa Swasta terbesar, perusahaan2 manufaktur terbesar dunia yg hampir 99% produknya menguasai Dunia…. itulah yg di sebut mereka memiliki segunung Roti (atau pengertian sebenarnya memiliki segunung Kekayaan)…. Pelajarilah siapa Pengendali Bursa Saham, siapakah Komite 300 Eropa, siapakah Pengendali Exxon Mobil, siapakah pengendali Jardine Matheson yg memiliki kekuasaan atas saham Astra hingga beribu jumlah Brands di kendalikan dari 7Eleven, Giant Hypermarket, KFC, Mercedes Bends, Hyundai dan banyak lagi nama2 brands raksasa yg mengendalikan Ekonomi & Industri manufaktur Dunia, dan nyata mereka berasal dari satu keluarga2 yg sama “sifat2nya”…. bahwa Ya’jud Ma’jud hanya dapat di kenali melalui “sifat2nya saja”…..
LikeLike
sy ade membuat kajian rislah n ade d catatkn ayt2 al-quran berkenaan ya’jud & ma’jud. Ya’jud & ma’jud adalah d catatkn sbgai makhluk ghaib d mna ade yg bertubuh kecil dan ade yg berbadan besar..pergerakan mereka pntas… tembok hny akn tembus apabila salah 1 dari kaum ya’jud & ma’jud menyebut nama Allah.
LikeLike
Yang mengatakan bahwa tembok itu ghaib itu kan cuma anda.Alloh dlm firman Nya[intinya]bhw Zulkarnain itu adalah orang yg sangat banyak diberi kelebihan.Hanya krn anda berasumsi YA’JUJ DAN MA’JUJ itu adalah bani israel ,maka anda mengartikan lain.Bani israil itu hidup dizaman fir’aun.Yg diselamatkan ALLOH lewat nabi MUSA AS.Kalaupun akhirnya mrk jadi yahudi seperti sekarang ini,tapi tak pernah nabi saw,mengindikasikan bhw yahudi2itu sbg ya’juj dan ma’juj.Karena firman ALLOH SWT,DAN KAMI BIARKAN YA’JUJ DAN MA’JUJ ITU PADA HARI ITU[setelah dinding pembatas yg dibangun ZULKARNAIN itu dihancurkan ALLOH] BERKELIARAN DIMUKA BUMI INI UTK MEMBUAT KERUSAKAN DAN KEHANCURAN.DAN KEMUDIAN DITIUPLAH SANGKAKALA UTK PENGHANCURAN BUMI DAN SEMESTA.DAN KAMI KUMPULKAN MRK SEMUA’.[q.s.KAHFI ayat 99].Kerusakan dan penghancura oleh ya’juj ma’ju ini benar2 kerusakan yg menghancurkan apa saja.Mereka membunuh dan menghancurkan apa saja yg mrk temui.Bahkan nantinya justru bangsa yahudi ini lah yg pertama tama yg akan mengalami ganasnya ya;juj ma’juj ini.Lain dari itu anda menganggap ZULKARNAIN itu hidup pd zaman setelah MUSA AS,Cobalah kalau anda mau menganggap bhw ZULKARNAIN itu hidup jauh sebelum MUSA as.Bahkan mungkin dia hidup pada zaman sebelum nabi NUH as.Anda tentu mencibir.Padahal siapapun tahu bhw tak ada satu keterangan pun baik itu hadis nabi saw,maupun ALQUR AN,yg menjelaskan dgn pasti masa kapan hidunya ZULKARNAIN.Hanya org yg merasa dirinya pintar saja,yg mengatakan ZULKARNAIN itu adalah raja besar dari MACEDONIA.Bahkan mrk ada yg menganggap dia itu the great ALEXANDER raja Yunani.Lantas dgn dasar apa mrk berkesimpulan begitu.Sama juga dgn anda,dgn penafsiran anda yg juga meng ada2.Coba lah berfikir dari semua pendapat yg ada dan juga dari semua aspek.
LikeLike
Quotes : Dajjal Telah Bebas Sewaktu Wafatnya Nabi Muhammad SAW
Quotes : Dajjal Berketurunan Nabi Nuh AS
Quotes : Berketurunan Sam Anak Kepada Nabi Nuh AS
Quotes : Dajjal Lahir Pada Zaman Nabi Sulaiman AS, Setaraf Dengan Manusia Pada Zaman Itu.. Betubuh Besar, Berusia Panjang
Quotes : Sedarkah Yang Dajjal Mempunyai Satu Misi Sebelum Kiamat Tiba?
Quotes : Misinya Menjelajah Setiap Pelosok Dunia Tanpa Ada Satu Pun Yang Tidak Dijelajahnya
Quotes : Jika Anda Tidak Tahu Bahwa Dajjal Telah Lama Bebas, Maka Ada Juga Kemungkinan Bahwa Nabi Isa AS Yang Sudah Diturunkan Allah Tanpa Kita Sedari
Quotes : Semua Ini Hanya Pendapat Dari Bacaan, Salah Silap Sudah Pasti Akan Saya Lakukan.. Wallahu’alam..
LikeLike
dajjal yang keluar dulu ke, ya’jud&ma’jud keluar dulu ke, xperlulah nak dipertikaikan..segalanye dah tertulis dalam al-Quran…walau macam mane pon kite nafikan perkara ni, ia akan tetap berlaku…yang penting sekarang ni kite buat ape yang disuruh oleh Allah, tinggalkan ape yang dilarang…
LikeLike
sekadar peringatan bagi kita diakhir zaman ni.wallahualam
LikeLike
bukankah dajal yang keluar dahulu tp dimanakah dajal n macamane lak yakjud makjud leh keluar lu
LikeLike
Sheikh Imran Hosein telah mengumpul hadis dari tahun 1980an. Dalam undang-undang hadis, hadis-hadis perlu dikaji dan dikumpulkan dalam topik masing-masing, dikaitkan dengan al-quran, dikaitkan dengan sejarah@sirah. Pernahkah ada ulama yang mengaitkan 8 hadis tentang yaajuj dan maajuj, dan surah al-kahfi (surah yang dipesan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk menjauhkan fitnah Dajjal di akhir zaman) dan sejarah-sejarah seperti rombongan zaman khalifah umar untuk menjejaki tembok yaajuj maajuj? tak cukupkah bukti sejarah puak khazar, the 13th tribe dan tasik golan@tiberias lake yang hampir kering?
LikeLike
Check video Sheikh Imran Hosein Tentang Tajuk Surah Al-Kahfi dan Dunia Moden. Tak silap saya ada 9 episod. Insyaallah boleh faham apa situasi sebenarnya.
LikeLike
assalamualaikum???
Tuan,keterangan tuan tentang yakjud makjud.soalan saye dalam hadis mengatakan mereka mampu melahirkan sehingga 1000 zuriat dan susah untuk mereka mati.adakah benar mereka manusia seperti kita.pade pandangan saye jika benar mereka adalah manusia,saye rasakan yang mereka mungkin juga keturunan yang luar biasa.ade sesetengah ulama mengatakan tentang rupa mereka hampir menyerupai manusia.ade juga mengatakan yang mereka akan keluar selepas matinye dajal.harap tuan dapat perjelaskan dengan lebih mendalam lagi.
LikeLike
sebelum tu,kta kene kaji betul2 mgenai yakjud dan makjud ni,bkn kah tnda2 kiamat yg besar akn muncul mngikut urutan??rujuk balik Al-Quran & hadith Rasulullah s.a.w bkenaan dgn ini…
**tnda2 besar kiamat :- 1) keluarn nya dajjal, 2) trunnya Isa ibnu Maryam, 3) keluarnya yakjud & makjud, 4) terbitnya matahari dr tmpt terbenamnya, 5) keluarnya binatang bumi, 6) keluarnya asap, 7) blaku pembenaman bumi d timur, 8) pembenaman bumi d barat, 9) pmbenaman buni d semenanjung arab, 10) keluarnya api dari dasar teluk aden…
bgaimna anda boleh fikirkn yg yakjud & makjud sudah keluar sdgkn Nabi Isa belum trun ke bumi??jgn ktakn Nabi Isa,malah dajjal pun belum keluar dr biara tempat dajjal d ikat..bkn itu sahaja,bkn kah sblm kdatangn dajjal, Allah bg tanda2 sblm kemunculan dajjal spt akn tjadi 3 tahun situasi yg sgt2 susah, pd ketika itu manusia akn d timpa klaparan yg amat sgt. Pada tahun pertama, Allah akn memerintahkn langit utk menahan 1/3 drp air hujannya & memerintah bumi menahan 1/3 drp tumbuh2annya, kemudian pd tahun ke 2, Allah akn memerintahkn langit utk menahan 2/3 drp air hujannya & memerintah bumi menahan 2/3 drp tumbuh2annya, kemudian pd tahun ke 3, Allah akn memerintahkn langit utk menahan semua air hujannya sehingga langit tdk mnurunkn hujan walau setitis sekali pun & memerintah bumi menahan semua tumbuh2annya sehingga tidak ada satu tumbuhan pun hidup, dan tidak ada binatang yg bkuku yg hidup (musanah) kecuali apa yg d kehandaki oleh Allah. Para sahabat bertanya : “Dengan apakah manusia akn hidup pd zaman itu?” Baginda s.a.w mnjawab : “Tahlil, takbir & tahmid, itu sudah memadai bg mereka sebagaimana makanan (sila rujuk hadith shahih yg diriwayatkan oleh Ibnu Majah & Ibnu Khuzaimah drp Abu Umamah r.Anhu dlm kitab As-Sahihah Al Abani)..
tnda2 spt di atas belum pun blaku, inikn pula dajjal, pastinya belum keluar, apatah lagi yakjud dan makjud tnda yg ketiga slps trunnya Nabi Isa ke bumi????Nabi Isa sudah trun ke bumi ka??? “JGN SEMBARANGAN DALAM MENTAFSIRKAN APA YG ANDA TIDAK PELAJARI” ..KITA KENA BLAJA DRPD RAMAI PARA ULAMA DAN PARA ALIM,BKN HANYA PD SEORG SAHAJA, HATTA ULAMA 4 MAZHAB KITA PUN BYK GURU2 NYA DLM MEMPELAJARI AGAMA, APATAH LAGI KITA YG SGT2 JAHIL DAN BODOH DLM AGAMA..LAGILAH KENA BYK GURU..
LikeLike
adakah yakjud dan makjud itu betul-betul manusia?
LikeLike
Assalamualaikum.Saya nak memohon kebenaran menggunakan kandungan dalam blog ini untuk rujukan assignment kajian surah Al-Kahfi.Boleh ke?
LikeLike
Assalamualaikum..
Bagaimana pula dengan doa penduduk islam di muka bumi ini terhadap yakjud makjud.. kan ada cerita bahawa dgn kuasa Allah swt, maka turun hujan ular dan ular itu membunuh seluruh kaum yakjud dan makjud?
Camner 2 ya?
LikeLike
fdfd
LikeLike