Salam semua..
Wah makin hari makin ramailah pula yang terjah diblog pakarhowto ni sampaikan tak menang tangan Suri nak membalasnya..huhu..apa pun terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog ini kerana sesungguhnya tanpa kunjungan anda disini siapalah kami disini sekadar melukut ditepian gantang pula..hik..hik..adus buat lawaklah pula mood Suri harini.blur..Baiklah tanpa membuang masa hari ini kita akan berkongsikan topik kecantikan pula. Rasanya sesekali kita beralih arah tak salahkan? tapi ingat bertukar pada arah kebaikan sahaja tau! lain-lain perkara jagan buat hal ya..
Sebenarnya bukan susah pun hendak membuat topeng muka sendiri di rumah. Yang penting bahan-bahan yang anda gunakan perlu dari bahan semulajadi. Bahan-bahan tersebut pun memang mudah benar untuk kita dapati di rumah. Apa yang penting bila semua benda telah ada, apa lagi anda gunkanlah kepakaran , kebijaksanaan tersebut dalam membuat ramuan topeng muka ini. Pasti anda akan nampak lebih hebat dan kosnya juga menjimatkan!
- Topeng Muka Tomato
Amat sesui sekali bagi jenis kuit muka yang normal. Caranya, potong sebiji tomato segar kepada dua belah belahan. Dan kemudian secara perlaha-lahan dan lembut anda gosokkan kedua-dua belahan muka anda secara membulat pada keseluruhan muka tersebut. Selepas itu biarkan seketika agar muka anda kering dalam beberapa waktu. Setelah selesai anda basuhlah muka anda itu dengan bersih. Lihatlah hasilnya selepas itu menakjubkan!
- Topeng Muka Telur Putih
Topeng muka yang bersumberkan dari bahagian putih telur ini sebenarnya dapat memperbaiki warna kulit muka anda. Caranya adalah basuh kedua tapak tangan anda sebersih-bersihnya. Pecahkan telur (ambil bahagian putihnya sahaja). Kemudian urutkan putih telur tersebut ke serata muka anda. Biarkan ia benar-benar kering sebelum dibasuh bersih. Hasilnya muka anda akan kelihatan bersih dan segar.
- Topeng Muka Pic Bermadu
Kelihatan memang menyelerakan. Apalagi tika melihatkan topeng ini dibuat dari paduan buah pic segar bersama madu..Caranya, lumatkan sebiji buah pic yang telah dibuang kulitnya. Kemudian, campurkan pula 3 sudu kecil madu dan 2 sudu besar yogurt sekali bersama buah pic yang telah dilumatkan tadi.
Kacau sehingga sebati. Setelah itu lumurkan ramuan tadi pada keseluruhan muka anda termasuklah di bahagaian leher dan mata. Baring dan buang semua perkara yang merungsingkan dari kepala seketika. Setelah ia kering anggaran dalam 10 ke 15 minit, anda bersihkanlah muka anda itu dengan air suam.
- Topeng Muka Timun
Topeng muka ini amat sesuai untuk sebarang jenis kulit muka. Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakanlah topeng muka timun ini untuk seminggu sekali untuk mendapat hasil yang diinginkan. Caranya, kisar oat bersama 1 sudu besar bijirin gandum sehingga ia menjadi serbuk yang halus.
Kemudian campurkan pula 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar “whipping cream”, 1 1/2 sudu besar jus lemon, 1 sudu besar yogurt, 1 sudu besar daun pudina dan 1/2 batang mentimun yang sudah dipotong dadu. Kisar sehingga ramuan tersebut sebati. Kemudian sapukan ramuan tadi pada muka anda yang telah dibersihkan dahulu dan biarkan ia kering antara 10 hingga 15 minit.Bolas dan keringkan muka anda seperti biasa
Amazing blog! Do you have any helpful hints for aspiring writers?
I’m planning to start my own blog soon but I’m a little lost on everything.
Would you advise starting with a free platform like WordPress or go for a paid option?
There are so many choices out there that I’m totally overwhelmed . Any recommendations? Appreciate it! Have more Site visitors by means of how to get more followers on twitter to your Account effective means.
how to get more followers on twitter and increase your interpersonal occurrence.
how to get more followers on twitter it can be an extremely sensible investment decision for the enterprise.
LikeLike
owh..yke?mcm bgs aje bhn2 smla jdi ney..btl la antara rjin dgn xrjin aje..
LikeLike
muka saya tibe2 pnoh ngan jerawat…terlampau banyak…x penah-penah tjdi kt muke sye..lps sye mkn ade product collagen ney…n mmg kt tgan ney x de duit nk p cari ubat utk muke..last2 saye gune cara y kt atas…saye buat masker timun tiap2 ari,buat masker tomato mix susu tepung,minum jus timun,jus pegaga…alamdulillah dalam mase sbulan cm2….muke da kembali bersih sikit demi sedikit…dulu muka berminyak teruk…now…da jdi normal skin da….actually gune bahan semula jadi jauh lagi bagus dari produk y mahal…antara rajin x rajin je….
LikeLike
okay saye try..tapi boleh ke?
LikeLike
APTB komen2 kat atas nie..hehe xde makne nyer kulit muke rosak ke aper sebb terang2 ia bahan semulajadi non chemical !!!akk sy dulu mase muke die jerawat n kusam die pki produk mahal2 pun xjalan la..las2 die amik tomato tuh tiap2 hari sental wat pencuci muka.hasil nye kulit muka die lembut licin n xseteruk dulu…ok..i pun selalu wat jus lobak n hampas2 lobak tuh i xbuang lepas blend tpi simpan lam peti sejuk then mlm nyer i wat masker tepek dlm setengh jam..so lembut je jerawat pun takut nak hinggap!!
LikeLike
apelah korang nie.xcuba da ckp negatif.kalo daripada sumber semulajadi tak ade nye rosak lah kulit.kalo korg pakai kat umah tue pencucui muka tue siap ade bahan kimia lagi.xtakut pulak korang?????
LikeLike
rasanya kan tak ada effect ke kalau guna carani,,,seperti kulit muka mati atau gatal-gatal…takut gak kalau terpikir cam 2!!!!
LikeLike
salam…n apa khbr????saya baru je terjumpe blog ni!!!!best jugak kan dapat benda yang baru….
LikeLike
semua tur barang yg semulajadi so x kan ader efect yg x elok punyer
malah kulit lebih bagus ada lah…sbb kita semua tahu kebaikan buah buahan nie kan…
tp benda semulajadi nie kena banyak bersabar lah sbb hasil dia mmg lambat tp kesan yg cepat mmg boleh rasa kulit lebih lembut jer …cuba lah
LikeLike
ehem , yekew bohong ? da pnah cube ke ?
then nk tnye , ad timbul jerawat x ? takot laa
LikeLike
bohong je lbih
hahahaha
LikeLike
ape pon x leh.
LikeLike