**Sambil baca artikel, sambil dengar lagu ni, best wooo**
Salam Jumaat buat para sahabatku sekalian.
Post kali ini mungkin agak berlainan dari biasa sedikit. Tapi ia benar-benar menarik minat Suri untuk mengetengahkan kisah ini kepada anda semua. Sesungguhnya manusia itu sering lupa. Dan pada waktu yang sama juga kita juga dituntut untuk megejar kebahagiaan dunia apatahlagi persediaan untuk bekalan ke akhirat. Daku sering lalai maka acapkali daku lalai maka kejutkanlah daku..sedarkanlah daku segera agar dapat kukembali kepada dunia yang nyata ini dan sekaligus mengukir bait-bait doa buat yang telah pergi.Apalagi yang harusku layarkan agar mereka gembira tika itu?? maka sudah tentunya doa seorang insan yang kerdil ku hadihkan buat mereka pada setiap malam Jumaat..Mungkin dengan cara begini hatinya akan berasa tidak sabar menanti hari yang penuh kebahagiaan ini.
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?” tanya Salih Al Mazy. “Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?” tanya pemuda itu. “Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?” tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :”wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.” Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
“Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. “Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.”
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
“Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
” “Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi. “Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al Maizy.
“Ya, Tahu.” “Apa tandanya ?” “Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata “Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.”
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
Jadi renung-renungkanlah sejenak..
Petikan dari pengalaman Salih Al Mazi
Archives
All posts for the month February, 2010
Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda petua untuk mencantikkan rambut. Kepada yang berminat, bolehlah baca dan cuba amalkan.
Petua untuk mencatikkan rambut.
Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
- Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.
- Rebus serai itu sehingga mendidih
- Apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
- Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
- Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.
- Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.
- Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.
- Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit.
- Cuci rambut seperti biasa.
- Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya ;
- Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati.
- Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi.
- Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai.
- Lakukan tiga kali seminggu.
Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini ;
- Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur.
- Esoknya, syampu rambut dan bilas sehingga bersih.
- Lap rambut anda sehingga hampir kering.
- Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.
- Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus.
- Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).
Sekian, selamat mencuba. Kalau anda ada petua-petua lain, bolehlah kongsikan dengan kami di ruangan komen. Tq
As-salam Jumaat buat semua. Harapan kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Selamat bertemu kembali kepada para pembaca yang dirahmati Allah. Dalam mencipta kebahagian rumahtangga, cubalah anda hayati sebaris ungkapan ini:
Tika sang mentari mulai terbenam di kaki langit, pintu malam pun mulai menyapa menandakan kehadiran giliran sang rang bulan pula. Mentari telah mula melabuhkan tirai malamnya untuk beradu. Begitupun keindahan pemandangan semasa peralihan suasana sebelum malam menjelang, begitu mengasyikan. Langit kelihatan kemerah-merahan dan nun jauh di kejauhan kelihatan sekawan burung-burung berterbangan , balik semula ke sarang masing-masing menurut putaran hukum alam. Hening sekali. Alangkah moleknya sekiranya keindahan pemandanga tersebut dapat berpanjangan. Namun tidak mungkin terjadi, sebab sudah menjadi ketetapan Tuhan.
Manusia sering terlupa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara sahaja. Adakah kerana memikirkan kematian semata-mata maka kita tidak perlu meraih untuk memiliki kegembiraan. Jika kita tidak gembira atau tidak tahu bagaimana cara untuk bergembira dalam hidup ini, adakah adil sekiranya kita menyeret orang lain untuk terus merasi seperti apa yang kita rasakan? Kenapa begitu singkat akal fikiran kita? Sesungguhnya semua orang berhak untuk bergembira, baik orang kaya mahupun orang miskin.
Ketahuilah biar apapun taraf pendidikan atau latar belakang seseorang keluarga itu, orang lain tidak ada hak untuk menehan atau membunuh rasa kegembiraan tersebut. Namun dalam realitinya, kehidupan ini tidak semudah yang disangka. Tidak semua yang kita lihat itu, sama seperti yang kita inginkan. Dalam kata lain, tidak semua cantik di mata kita itu adalah sebenar-benar kecantikan dan begitu jua sebaliknya. Kadangkala apa yang kita pegang, belum tentu lagi akan menjadi milik kita dan begitulah selalunya. Sesungguhnya kehidupan ini penuh misteri dan kerana itu kita haruslah selalu berhati-hati dalam setiap tanduk yang kita dalam seharian.
Sahabatku..
Penulisan kali ini agak mendalam dan saya percaya bahawa bahasa kiasan tersebut akan mampu menambah minat untuk kita terus mengikuti nukilan ini sehingga keakhirnya. Sesekali kita menggunkan bahasa sastera, baru ada peningkatan dalam minda kita, betul tak? Orang tua dulu-dulu ada berpesan , yakni ‘kalau berjalan biar sampai menuju batas, kalau belayar biar sampai menuju ke pulau…’ Maksudnya, jika kita melakukan sesuatu perkara biarlah sampai kepada matlamat dan jaganlah ditinggalkan hanya separuh jalan sahaja.Begitu jua dalam kehidupan berumahtangga, kita sering memandang tentang perkara-perkara yang remeh-remeh sahaja. Kadangkala perkara tersebut tidak membawa keuntungan kepada sesiapapun, namun kerana keegoaan masing-masing maka perkara yang kecil tadi akan terus berlarutan. Cubalah fikir-fikirkan dan selepas beberapa ketika, baru kita mula menyedari akan kebodohan diri kita sendiri.
Maaflah andai adanya golongan hawa diluar sana, banyak rungutan yang Suri terima melalui e-mail, perjumpaan dan sebagainya tentang diri kalian. Kebanyakan kaum hawa (tidak semua), sekiranya mereka bersalah tidak akan segera memohon maaf sekalipun telah terang-terang membuat kesalahan (orang perempuan jagan cepat mudah melenting, sebaliknya kita tanyalah pada diri kita sendiri).
Kita jaganlah sesekali menunggu hingga tiba hari raya, barulah kemaafan akan bertemu dihati suami. Bukan apa Suri khutir juga sekiranya kita tidak sempat untuk memohon kemaafan dan suami pula telah pergi terlebih dahulu mengadap Tuhan. Ha, pada masa dan tika itu sipakah harus kita persalahkan..adakah kita akan menunding jari pada orang lain pula?? Ingatlah sahabatku..perginya dengan membawa seribu luka di hati. Tanpa kita sedar perkara sebeginilah yang sering berlaku dan akhirnya penyesalan sahajalah yang masih berbaki. Malang sekali bukan..Suri tidak bermaksud untuk merendahkan sesiapa, tetapi perkara ini sudah seakan-akan menjadi satu ‘trend’ pula.
Sahabatku..
Dalam kehidupan bersuami-isteri ini, perlakuan bergurau senda bukan utnuk mereka yang baru berumahtangga sahaja. Sepatutnya semakin lama kita berumahtangga, maka semakin intimlah perhubungan tersebut. Sedarkah anda bahawa melalui gurauan dan adegan usik mengusik tadi, akan terus memberi ‘nafas baru’ kepada sesebuah perkahwinan tersebut yang pada mulanya hambar..sepi. Percayalah sahabatku usia perkahwinan bukan sahaja penting, tetapi jauh lebih penting lagi ialah kualiti sebuah perkahwinan tersebut.Sebenarnya banyak sekali perkahwinan yang telahpun mencecah berpuluh-puluh tahun, pada pandangan peribadi Suri ia sangat hebat namun sebenarnya ia tidak membawa apa-apa makna kepada pasagan tersebut. Mengapa? ia hanyalah lakonan semata-mata dan sekadar mengkaburi mata anak cucu sahaja. Lebih malang lagi jika pencerian tersebut berlaku di kala usia emas.
Mulai sekarang, marilah kita bina semula keyakinan diri dan fokuskan kepada ‘kebahagian hidup’. Berusahalah kita untuk ke arah jalan tersebut. Banyak orang telah berjaya dan memandang kehidupan berumahtangga ini begitu menyeronokkan, kenapa tidak anda??
Berguraulah sebanyak yang mungkin dan inilah sebenarnya satu rahsia kebahagaian dalam inti alam berumahtangga. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga dan semoga ilmu yang cuba Suri kongsikan melalui perunding motivasi Mohd Huzairi Bin Zainuddin ini sedikit sebanyak akan bisa menaikkan seri aura rumahtangga anda kembali.
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang aku ‘cover line’ klik fesbuk sikit-sikit, Mamat mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.
Dari tadi aku tengok Mamat macam hilang punca. Berlegar-legar di dalam pejabat. Muka macam ada masalah besar.
“Ko kenapa ni Mamat?”
Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Mamat ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.
Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Mamat banyak handle bisnes sendiri tapi dia selalu rugi.
“MAK aku hilang la…”, Mamat berbisik perlahan.
“mak aku hilang laa”
Aku punyala terperanjat!!
“Hah, mak ko hilang? Bior betul. Bila hilang?”. Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
“Petang semalam…dah cari merata, tapi tak jumpa la”.
Mamat berlalu meninggalkan aku dengan muka yang begitu suram, berjalan menuju ke bahagian budak-budak human resource.
Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih-lebih kang, risau pulak takut kena ‘tiaw’ dengan dia.Maklumlah orang tengah serabut.
Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia kerja sebagai Penolong Kanan, lagi 2~3 tahun dah nak pencen.
*********
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh aku nampak Mamat berjalan
semula masuk ke dalam pejabat. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan ’The Typewriter’.“Mak aku dah jumpa..”
Kelegaan jelas terpampang di wajah Mamat.
Aku cepat-cepat mengucap syukur :
“Alhamdulillah…Jumpa kat mana?”,
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna-warni rama-rama, Mamat membalas padu pertanyaan aku :
“Dalam sinki, kat pantry.”
Aku terlopong seketika. Tak tau nak cakap apa dah. Cis cis, aku dah terkena. Aku dah terkena….
Itu ‘MUG’ la Mamat…’MUG’!!!, pronouncation macam jahanam!
Ampeh betul, sia sia jer aku berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati aku membara…huhu.
Sekian.
Saya masih ingat lagi, dalam satu ceramah yang saya dengar, seorang ustaz pernah cakap;
“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.”
Sambung ustaz itu lagi,
“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”
Begitulah antara kata-kata yang sangat memberikan kesan pada hati saya.
Sekarang, mari kita cuba sama-sama renung dan nilaikan, adakah masa kita terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Atau kebanyakan masa kita habis begitu saja? Tengok TV berapa jam? Berborak-borak kosong berapa jam? Main internet berapa jam? Melepak berapa jam? Adakah masa yang kita lalui adalah masa yang mendapat keberkatan daripada Allah?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian tentangpetua atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat. Sama-samalah kita cuba amalkan yer.
1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker, selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti akan merasai kesannya.3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.
4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”
5. Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.Percaya atau tidak, dengan amalkan sentiasa bawa buku ke mana saja ini, saya berjaya membaca sekurang-kurangnya 2 buah sebulan.
Sekian, itulah beberapa cara yang saya lakukan dalam mengawal masa saya agar ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Anda bagaimana? Apa yang anda buat untuk mengawal masa anda??