Stress merupakan satu ketegangan jiwa yang berlaku keatas jiwa dan jasad secara serentak dan saling mempengaruhi.
Situasi atau perkara yang menyebabkan seseorang itu mengalami stress ialah seperti bebanan tugas yang berat, selalu dimarahi oleh guru atau majikan,
kesesakan di jalan raya, kekalahan dalam sesuatu pertandingan, gagal dalam peperiksaan, masalah kewangan dan sebagainya.
Kegagalan keupayaan mental, emosi dan fizikal kita mengatasinya menyebabkan berlakunya ketegangan yang berpanjangan. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi kita seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, fikiran menjadi berkecamuk, hilang kosentrasi, kegelisahan dan merasa rendah diri.
5 tip mengurangkan stress yang perlu anda lakukan adalah :
1) Melakukan senaman ringan atau beriadah.
Apabila kita dalam keadaan stress, keadaan ini mungkin menyebabkan kita rasa tidak selesa dan berlaku ketegangan otot-otot badan. Oleh itu kita boleh melakukan senaman ringan atau beriadah di taman-taman permainan.
Senaman ringan selama 30 minit boleh melancarkan kembali pengaliran darah dalam badan dan dapat mengurangkan stress yang ada.
Senaman juga dapat membakar kalori atau lemak yang berlebihan dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit. Dengan beriadah juga kita dapat merehatkan minda kita dan tidak terlalu memikirkan benda-benda yang kita stress.
2) Jangan tinggal keseorangan.
Tip kurangkan stress yang seterusnya ialah apabila kita dalam keadaan stress, jangan asingkan diri kita atau sentiasa berada keseorangan. Apabila kita sendirian, pasti kita akan memikirkan benda atau perkara yang stress itu. Oleh itu elakkan dari berada keseorangan. Carilah kawan atau rakan untuk berborak.
Tidak perlulah berborak tentang perkara yang kita stress. Dengan berborak atau bercakap perkara-perkara lain, kita akan dapat melupakan seketika perkara yang kita stress dan dapat mengurangkan stress kita. Elakkan diri daripa menghampiri suasana yang membosankan diri kita.
3) Berjumpa dengan yang lebih pakar.
Jika keadaan stress kita masih berterusan atau berpanjangan , langkah untuk mengurangkan stress kita ialah bersemuka atau berjumpa dengan yang lebih pakar. Mungkin kaedah ini boleh kurangkan stress kita. Siapa yang pakar itu. Pakar disini adalah mereka yang mungkin boleh menyelesaikan atau mengurangkan stress kita.
4) Berusaha dan Bertawakkal.
Bagi yang beragama Islam, pertolongan dari Allah S.W.T perlu diminta agar segala permasalahan dan stress yang dihadapi dapat dikurangkan secara beransur –ansur. Solat 5 waktu adalah wajib bagi setiap umat islam. Jangan kita tinggalkan yang wajib ini. Jangan pula ketika stress barulah nak buat yang wajib ini.
Kita boleh juga menunaikan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud untuk memohon petunjuk dari Allah agar ditenangkan hati dan stress yang kita hadapi dapat dikurangkan.
Sentiasalah berdoa kepada Allah . Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insyaallah Allah akan memakbulkan doa kita.
5) Membuat jadual tugas harian yang berterusan.
Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan, tentukanlah jadual harian yang tersusun seperti untuk mengulangkaji pelajaran, bermain, masa bersama keluarga dan sebagainya. Jangan biasakan diri untuk study last minute atau menunggu masa yang terdesak untuk mengulangkaji pelajaran.
Tabiat last minute ini akan menambahkan lagi stress kita. Selain daripada itu pemakan yang seimbang juga adalah penting agar kita mendapat tenaga yang mencukupi untuk keperluan badan kita.
Janganlah mengabaikan pemakanan jika kita sedang menghadapi stress. Jangan pula makan terlalu banyak akibat stress. Ini mungkin boleh menyebabkan obesiti. Tidur yang cukup adalah sangat perlu untuk merehatkan minda dan badan kita.
Itulah saja tip kurangkan stress yang dapat diberikan oleh saya. Apapun, stress adalah sesuatu yang normal dan perlu bagi kehidupan seseorang . ianya boleh memberikan kesan positif dan juga negatif kepada diri kita.