17 comments on “Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama Anak-Anak..Sila Baca!!

    • Bukhari dan Baihaqi tu bukan nama sebenar imam perawi hadis tersebut, itu cuma gelaran (berdasarkan tempat kelahiran @ keturunan). Nama sebenar Imam Bukhari adalah Muḥammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah, dilahirkan di Bukhara (Uzbekistan). So, digelar Al-Bukhari.
      Nama sebenar Imam Baihaqi adalah Ahmad ibn Husain Ibn Ali Ibn Musa al-Khosrojerdi, dilahirkan di Baihaq, Naisabur (Iran). So, digelar Al-Baihaqi.
      Nama sebenar Imam Nawawi adalah Yahya ibn Sharaf (juga disebut Abu Zakaria Muhyidin Yahya ibn Sharaf), dilahirkan di Nawa (Syria). So, digelarkan Al-Nawawi.
      Nama sebenar Imam Syafi’e adalah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Uthman ibn Syafi’e. Dilahirkan di Gaza (Palestin), digelar As-Syafi’e sempena keturunannya.
      Nama sebenar Imam Tirmidzi adalah Muhammad ibn Isa, dilahirkan di wilayah Tirmidz/Termez (Iran). So, digelar At-Tirmidzi.

      Tradisi arab memang mcm tu, sekarang pun masih wujud. Banyak guna gelaran tempat @ keturunan. Ada juga menggunakan kuniyah seperti Abu Musa (bapa Musa), Abu Hassan (bapa Hassan). Nabi Muhammad juga ada kuniyah iaitu Abu Qasim, yang selalu kita dengar khatib menyebut dalam doa khutbah jumaat (Bapa kepada Qasim), sebab Nabi ada anak bernama Qasim (meninggal masa masih kecil).

      Like

  1. Hey there! This post couldn’t be written any better! Reading this post
    reminds me of my good old room mate! He always kept talking about this.
    I will forward this post to him. Pretty sure he will have a good read.
    Many thanks for sharing!

    Like

  2. asslam.. pertama sekali sy bknlah ahli agama.. namun setahu sy kbykkn nama org melayu diambil dr bahasa arab.. spt muhammad, aishah, adam, harith, zainab, jamilah.. ini bknlah nama2 MELAYU.. klau kita lwtakkan nama apa2 je mmg lah boleh asalkan maksudnya baik tp adakah kita mengikut sunnah Rasulullah? sdgkan org Islam tidak boleh lari dr Al-Quran dan Al sunnah.. klu letak nama melayu jadilah namanya Kebijaksanaan bin/binti kekuatan sdgkan klu dlm bhsa arab nama itu sgt indh. . hakikatnya msyrkt melayu zaman skrg sudh jauh dr SUNNAH dan lebih gemar mengikut nama2 moden yg dibawa oleh drama dan novel sdgkn kdg2 tiada apa2 makna baik dr bahasa melayu atau bhasa lain.. moden x salah asalkan agama tidak diketepikan.. Wallahualam.. cma pemberi pndgn shj.. 😉

    Like

  3. Apa yang dimaksudkan dengan nama Islam? Adakah ia nama di dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu ataupun nama yang mempunyai makna yang baik?

    Jika sesuatu nama itu tiada makna dalam Bahasa Arab bagaimana? Bagaimana dengan individu yang bernama JAMAL yang mana maksudnya dalam bahasa arab ialah Unta (haiwan)?

    Adakah ejaan akan mengubah makna sesuatu nama terutama yang melibatkan makna dalam bahasa arab? Cth: Jika ingin meletakkan nama Ummul Mukminin Sayyiditina Aisyah (ra) isteri kepada Rasulullah SAW. Bagaimana ejaan yang sebetulnya? Adakah Aisyah, Aishah, Ayeesha?

    Salah ke jika memberikan nama anak seperti Aaron & Noah ( ianya merujuk kepada nama Nabi iaitu Harun (as) Nuh (as). Nabi agama Allah SWT) yang mana kononnya ianya berasal daripada bahawa hebrew. Bagaimana pula dengan nama Danial yang mana nama itu disandarkan kepada Nabi Danial (as) yang mana asal nama adalah dalam bahasa ibrani?

    Adakah orang islam yang ada di Russia, French, Britain, Jepun, Indonesia, Jawa dll negara yang mempunyai nama mengikut bahasa negara mereka itu salah? (Mezut Ozil, Selamat, Awang, Parjo dll)

    Masuk Islam bukan beerti masuk jadi orang arab sebagaimana cina masuk islam bukan masuk melayu.

    Pandangan saya:

    Sebenarnya letaklah nama dalam bahasa apa sekali pon xpe asalkan maksudnya baik.Orang Melayu je yang selalu fikir bukan2. Asal nama takde makna dalam bahasa arab atau dalam bahasa lain je kapir dan kurang islamik. Sedangkan Cina Muslim yang tak tukar nama pun takda masalah asalkan dalam maknanya baik dan tidak mendatangkan cercaaan yang menimbulkan fitnah terhadap empunya nama dan masyarakat. Siap boleh buat kombinasi nama cina + arab (cth:Abdul Rahman lee ming chun). Nama arab ini adalah satu pilihan bagi mereka yang ingin mempunyai nama berbahasa arab yang baik dan bukan satu kemestian.

    Like

  4. Assalamu’alaikum
    sy tak setuju dgn nama masyitah dikatakan utk nama pekerjaan krna maksudnya tukang sikat. masyitah tu bakankah bermaksud seorang tukang sikat dan kita ambil nama dr kisahnya pada zman firaun. seorg yg berpegang teguh pd agama. contohnya Bilal bin rabah. adakah dgn memanggil org yg melaungkan azan pd masa kini sbg bilal adlh salah? kita gunakan nama berpandukan kisah. sptutnya org yg melaungkan azan kita pggil muazzin. maaf klu sy salah. dr mana sumber tuan dpt ya?

    Like

  5. eh.
    actually aku rasa depends la korang nak letak nama apa pun.

    at least nama isaac,jacob ok lagi lah kan compare dengan zani/zaniah.hehe.

    Like

  6. dari mana artikel ni dtg? siapa yg membuatnyer? adakah ianya sahih? jgn kelirukan agama ! yang Allah permudahkan bg org islam.apa maksud tersurat dan apa yg tersirat? adakah ianya sah dr segi islam?

    Like

  7. Maksud nama x semestinya bergantung kepada bahasa arab…. contoh wati bermaksud bersetububuh dalam bahasa arab.. tapi dalam bahasa melayu wati lebih digunakan untuk melambangkan seseorang wanita sebagai contoh wirawati, olahragawati dll….lg satu ■Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama) ; tapi kalau nk diikutkan ini smua bergantung pada ejaan dan kita semua maklum ejaan zaman dahulu berbeza dari sekarang. Contoh Dahulu = Kechil Sekarang ejaannye jd Kecil….

    Like

  8. Tidak adil kalau ikut makna arab sahaja, mungkin ada makna dari bahasa lain. Selagi kita tahu maknanya baik, apa salahnya

    Like

Leave your comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s