3 comments on “FARAID – PEMMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

  1. Apakah hukum jika harta pusaka itu tidak dibahagikan dengan tujuan mengekalkan nama simati pada harta pusaka supaya boleh diguna bersama. Contohnya ibu dan bapa yang meninggal, meninggalkan sebuah rumah (atas nama bapa). Rumah itu tidak dibahagikan kepada 2 beradik kerana anak yang sulung ingin mengekalkan hakmilik rumah itu atas nama bapa dengan alasan 2 beradik ini boleh pulang dan menggunakan rumah ini tanpa malu.
    Apa pula hukumnya jika anak ke 2 ingin mendiami rumah tersebut, apakah simati akan dipersoalkan andaikata anak dan cucu yang mendiami rumah tersebut melakukan maksiat didalam rumah tersebut seperti tidak menunaikan solat, menonton video lucah dan sebagainya kerana rumah masih atas nama simati. Dan bagaimana pula jika bil elektrik, air dan cukai rumah yang tidak dibayar, adakah simati juga akan dipersoalkan didalam kubur tentang hal ini kerana semua bil masih atas nama simati? kerana apa yang saya pernah dengar, roh simati akan terawang2 selagi hartanya tidak dibahagi dan dipindahmilik kepada waris.

    Like

  2. Salam..Ibu tiri juga layak mendapat hak nya dari peninggalan harta pusaka..seperti Firman Allah dlm Surah An-Nisa 12
    ” Surah An-Nisaa’ Ayat 12:

    ۞ وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ ۚ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ ۚ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۚ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّكُمْ وَلَدٌ ۚ فَإِن كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُم ۚ مِّن بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ وَإِن كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ ۚ فَإِن كَانُوا أَكْثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ ۚ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ ۚ وَصِيَّةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ

    Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. {4:12}

    Liked by 1 person

Leave a reply to Fitri

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.