Misteri Bunga Bakawali
Pokok Bunga Bakawali dikenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang.
Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.
Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.
Assalamualaikum Rosma..
boleh saya tahu di mana boleh saya beli benih / anak pokok / bunga..
boleh miss call @ telegram@ whatsapp…kpd Mislan
no. 019 – 2165569
terima kasih wassalam..
LikeLike
Kat rumah saya tanam satu pasu, dah 2 tahun tanam skarang dah berbunga skali berbunga berbelas kuntum, seronok juga tengok
LikeLike
rasa best sangat dengar citer nie
LikeLike
mrng….pokok bakawali saya dah berbunga 3 kali dalam masa 6 bulan ini. Walaubagaimanapun, kali ketiga ianya berbunga sebanyak 4 bunga sekali. sungguh cantik…..tp pagi esoknya ia dah kuncup…bunga yg unik dan bermisteri…
LikeLike
salam….hmm, mmg menarik ttg bunga bakawali nie…namanya sj sudah mbuatkan hati utk lebih mengenalinya…jarang dijumpai tp ttp mengharum di waktu malam…ciri2 misterinya mbuatkan hati ini lebih dkt dgn kemisteriannya……
LikeLike
salam…pokok bakawali sy dah berbunga…tp yg peliknya…hari tu dia kembang dlm jam 9 mlm…pg keesokannya tgok dah kuncup..rasa sedih pon ada..mlm tu happy gile tgok dia kembang..cantik sgt….dah 2 tahun baru ni kali pertama ada bunga n kembang…teruja sgt..
LikeLike
Xde pe pn misteri bunga bakawali ne. Cuma unik sbb bunganya kembang tghmlm n akan layu bila matahari mula bersinar. Bunga bakawali yg sy mula berbunga slps 3bln sy tanam. Ianya berbunga spnjg tahun smpai skrg. Skrg usianya dh 3thn.
LikeLike