1.Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Archives
All posts for the month October, 2009
TAHU DAN FAHAM
Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa – pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Iatenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.
TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut. ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untukmenyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?
Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulamakerana keutamaan mereka.
(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.( Surah Al Zumar 39:9)
Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran. Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.
Dari Jabir r.a
Sesungguhnya Nabi SallaLLahu ‘alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :”Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?”. Apabi baginda mendahulukan (orang yang tersebut)la ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, ke dalam liang lahad. (Riwayat Bukhari)
Waallahualam.
Dahulu diperkenalkan Intelligent Quotient oleh Alfred Binet – iaitu untuk menjadi seorang yang berjaya perlulah mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Bijak, mempunyai daya taakulan yang baik, cepat tangkap dalam menyelesaikan masalah. Dan daripadanya dibuat banyak ujian-ujian yang berkaitan untuk mengetahui tahap IQ seseorang. Antaranya, Stanford-Binet, WISC-R, Raven’s Progressive Matrices, Cattell Culture Fair III dan jika tidak dapat menjawab atau mencapai markah yang ditetapkan maka kemungkinan besar ada masalah dari segi mental orang yang mengikuti ujian tersebut samada ia cacat otak atau sebagainya.
Nampaknya ia digunakan secara meluas antaranya di dalam mencari profesion kerja, di dalam soalan bertulis sebelum ke sesi temuduga yang kadangkala sebenarnya belum tentu menunjukkan IQ individu tersebut, bahkan ada item soalan yang diberikan amat bercanggah dengan norma tatasusila masyarakat timur sebagaimana yang digunapakai oleh orang barat.Seterusnya apabila IQ manusia diperkenalkan dan mendapat banyak kritikan serta keputusan yang tidak boleh digunakan untuk mewakili IQ seseorang individu. Didapati seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai hubungan baik sesama manusia, serta kajian mendapati IQ yang tinggi juga tidak menunjukkan bahawa seseorang itu mampu mengawal emosinya dengan baik. Kedapatan, orang yang mempunyai IQ yang tinggi, hidupnya tidak normal, dan ramai menjadi gila kerana tidak mempunyai kawalan emosi yang mantap.
Lalu muncul pula teori hasil dari kajian Wayne Payne‘s iaitu Emotional Quotient. Betapa hebatpun seseorang yang mempunyai Intelligent Quotient tetapi sekiranya ia mempunyai Emotional Quotient yang rendah – kemungkinan besar ia mempunyai emotional disorder! Yang boleh membawa kepada Mental Disorder.
Fitrah Manusia Mencari Tuhan
Apapun fitrah manusia sebenarnya akan kembali jua kepada pencipta – maka manusia akan berterusan mencari Tuhan. Bila dikaji dan terus mengkaji, walaupun di situ ada kehebatan IQ dan keseimbangan EQ, tanpa kekuatan jiwa akan rosak jua kedua-duanya. Maka terhasil pula di dalam pemikiran mereka SQ diperkenalkan oleh Dana Zohar Ian Marshall– iaitu Spiritual Quotient yang menghubungkan kepandaian akal, keseimbangan emosi dengan kekuatan ruhaniyyah. Dengan adanya agama maka manusia mempunyai akhlaq, mempunyai nilai. Akal yang hebat, mempunyai motivasi, empati dan hubungan baik dengan manusia tetapi tiada panduan dan matlamat hidup. Tidak ketahuan halanya.
Di dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 1990 oleh neuropsychologist iaitu Michael Persinger dan neurologist V.S. Ramachandran di University of California membawa kepada penemuan di bahagian otak di mana manusia cenderung untuk memikirkan tentang Tuhan.
Dan begitulah – sememangnya setiap kajian yang hanya bersandar pada akal semata-mata akan selalu berubah-ubah. Kadang-kadang terdorong dengan nafsu, ditipu daya syaitan.
Kini – marilah kita kembalikan diri kepada mengenali wahyu yang datangnya dari ALLah kepada utusanNya Muhammad RasuluLLah. Al Quran mengajar kita mengenal Dia, menyembahNya. Mengajar kita mengenal diri sebagai hamba, mengajar kita agar tidak mempersekutukanNya, beribadah kepadaNya.
Ertinya :
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALlah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam Islam. Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali ALlah (agama Islam( dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat ALlah kepada Kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu ALlah menyatukan antara hati-hati kamu sehingga dengan itu kamu bersaudara dan dahulu kamu telah berada di jurang neraka disebabkan kekufuran kamu, lalu ALlah selamatkan kamu daripada neraka itu. Demikian ALlah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat hidayah (surah Ali Imran 3: 102-103)
Islam yang diredhai – memandu akal manusia untuk menjadi bijak dengan acuan melalui al Quran dan Sunnah, Islam mengajar tentang akhlaq dalam setiap inci kehidupan. Cukuplah di dalam Islam itu sendiri yang dibawa oleh Nabi Muhammad melalui wahyu yang diturunkan oleh ALlah sudah mengandungi IQ, EQ dan SQ.
ALlah telah berfirman yang bermaksud :
Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah mencipta kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkan hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berbagai-bagai jenis buah-buahan yang menjadi rezki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi ALlah sekutu padahal kamu mengetahu bahawa ALlah ialah tuhan yang Maha Esa. (surah Al-Baqarah 2:21-22)
Islam.. ialah yang tertinggi tiadalah yang tertinggi selainnya..
saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN
masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN.SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL
However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL
Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN
Thanks for reading and please inform others
Step 1Before starting the process make sure to backup all the important files. Make sure you know type of windows program in your computer. If you use Window98 you have to make Window98 boot disk.
Step 2To format you hard disk, enter prompt A:\type format c:/s or format c: Computer will let you know if you want to format. Type Y to continue formatting process. After finishing process, label the content. You can write any name you like. Then back to prompt A:\ type copymscdex.com c: press enter. One file will be copy into drive c. Restart your computer.
Step 3Before installing window and other program you have to install CD-ROM driver. Insert CD-ROM diskette into Floppy A. You can get it from the provider when you buy a CR-ROM. If you don’t have that you can find it in Microsoft support center. (Or you also can ask me if you have any problem or question). If you have the diskette, insert the disk into Floppy A and PROMPT A: types INSTALL and enter.
1. After finished the process, PROMPT C: types MD WIN98 and press enter. (MD mean ‘MAKE DIRECTORY’ this is important because you have to make directory to C: before copying process.
2. Insert CD MICROSOFT WINDOW98 and change PROMPT C: to PROMPT E: (make sure the name you prompt is the same name of you CD-ROM directory). Step 4After the process is finish. Change back PROMPT E: to PROMPT C:
For setup window installer, PROMPT C: types CD WIN98 and press enter. Then you will see the command change to C:\WIN98>. Then types SETUP or SETUP IS/ ID/ IQ/ IM and press enter. Then installing process will begin. Set back and relax.