October 8th, 2010 ·
PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.
Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.
“Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.
Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.
Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.
Budaya liar
Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.
“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.
Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.
“Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert,” katanya lagi.
sumber : Malaysiakini
Archives
All posts for the month October, 2010
October 14th, 2010 · 24 Comments · General
Muslimin muslimat dijemput hadir majlis haul bersama ulama-ulama keturunan Rasulullah SAW dari Yaman, Mekah dan Indonesia.
Tetamu yang hadir:
- Habib Umar Bin Hafedz (Rektor Darul Mustafa, Yaman)
- Habib Abdullah Atthas Al-Habsyi (Mekah)
- Habib Munzir Al-Musawa (Jakarta)
- Syeikh Mohd Fuad Kamaluddian Al-Maliki
- Habib Soleh Al-Jufri (Solo)
- Habib Quraish Baharum (Jakarta)
- Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid (Yaman)
- Ustaz Syed Najmuddin Al-Khered
Berikut ialah tempat dan tarikh majlis:
- Masjid Al-Bukhary, Jln Hang Tuah, KL – 15 Oktober 2010 (Jumaat)
- Masjid Negeri Selangor, Shah Alam – 16 Oktober 2010 (Sabtu)
- Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya – 17 Oktober 2010 (Ahad)
Semua majlis di tiga masjid bermula pukul 5.00 petang sehingga 10.00 malam
Majlis haul ini dianjrkan dengan kerjasama:
- Amanah Hwi Al Khairat (HAK)
- Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS)
- Jawatankuasa Masjid SSAAS Shah Alam
- Jawatankuasa Masjid Al-Bukhary
- Jawatankuasa Masjid Al-Falah
October 8th, 2010 · 45 Comments · General
Tetamu Jemputan Khas:
- Al Habib Musa Kadzim Bin Jaafar As Saqqaf
- Al Habib Soleh Al Jufri
- Tuan Guru Fahmi Zam Zam Al Banjari
- Ustaz Sofian Marbu Al Banjari
- Ustaz Elias Bin Zakaria – YDP Majlis Agama Islam PP
Tempat : Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.
Tarikh : 12 Oktober 2010 (Selasa)
Aturcara Majlis:
5.30 petang – Bacaan ayat suci Al Quran dan Qasidah
5.50 petang – Tausiah ringkas oleh Ustaz Osman Abdullah Al Yamani
6.10 petang – Ucaptama dari YDP Majlis Agama Islam PP
6.20 petang – Bacaan Wirdu Latif
7.15 malam – Solat Maghrib
7.45 malam – Bacaan Rotib Haddad/Qasidah
8.00 malam – Tausiah pertama oleh Habib Soleh Al Jufri
8.20 malam – Tausiah kedua oleh Habib Kadzim As Saqqaf
8.40 malam – Tausiah ketiga oleh Tuan Guru Fahmi Zam Zam
9.15 malam – Solat Isyak
9.30 malam – Majlis bersurai
(muslimin & muslimat dijemput hadir)
Disarankan datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Habib Musa Kadzim Bin Jaafar As Saqqaf