Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa
perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak
malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan
kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal
terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan
menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah
menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat
kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia
manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru
dan lambung akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari
jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.
Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka
sahaja.
Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di
dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang
sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang
inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang
selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH
dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam
keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati
kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman
dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu
lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.
Archives
All posts for the month September, 2013
Subhanallaah!!! Inilah Injil Asli yang Menggemparkan Dunia Itu, 12 Tahun Dirahasiakan, Menjelaskan Nabi Isa Tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW, Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!!
Bismillahirrahmaanirrahim…
Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih).
Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih.
Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW.
Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :”Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah”Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.
Pihak Iran lewat Basij Press menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.
Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya.
Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.
Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam
Wallahu a’lam bish-shawab..
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah..
———————-
—————————
———————-
—————————
———————-
—————————
———————-
—————————
———————-
—————————
Kitab Anwarul Wilayah:-
“makan kencing dan tahi para imam memasukkan ke surga dan menyelamatkan dari api neraka”
Kitab Al-Kafi-Kulaini:-
“kentut para imam seperti minyak kesturi”.
[Kredit] |
Sudah ramai orang yang meminta saya untuk menulis sesuatu untuk dan tentang Syria. Alhamdulillah, akhirnya saya dipermudahkan, diberikan kekuatan olehNya untuk mewarkahkan penulisan ini. Selama ini saya agak keberatan untuk menulisnya. Bukan apa, untuk bercakap tentang sesuatu yang besar dan penting memerlukan kajian dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Dan kajian memerlukan masa dan ruang yang secukupnya; tersalah cakap pula akan menyebabkan saya sama ada bakal disaman oleh Kerajaan Syria atau diburu oleh pembunuh upahan Bashar al-Assad yang selama ini sememangnya dengki pada saya heyy! Eh.
“Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim sejuk dan musim panas. Maka hendaklah mereka meyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Kaabah), yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan.”
Masjid Umayyah, Damsyik: Manifestasi kegemilangan Khilafah Umayyah |
Hafez al-Assad akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai seorang pemimpin zalim yang sentiasa dahagakan darah para pejuang Islam yang menentang tampuk pemerintahannya. Berasal dari latar belakang Syiah Alawi, yakni Syiah yang dianggap sesat dan merupakan golongan minoriti di Syria (kurang lebih 6% daripada jumlah penduduk keseluruhan), Hafez mengamalkan polisi diskriminasi apabila menaikkan dan melantik para pemimpin kerajaan daripada ahli keluarganya yang terdekat dan di kalangan kaum Syiah Alawi.
Kemuncak kekejaman Hafez berlaku pada tahun 1982, apabila Hafez mengarahkan ketumbukan tentera Syria untuk menghapuskan kebangkitan Ikhwanul Muslimin di Syria yang berpusat di kota Hama. Ikhwan yang bangkit akibat tidak lagi tertahan dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Hafez, menjadikan Hama sebagai pusat operasi gerak kerja mereka. Gerakan mereka tampaknya membuahkan hasil apabila semakin ramai yang bangkit menentang kekejaman Hafez.
Hafez yang menyedari bahaya ancaman Ikhwan ini, dengan penuh berang mengarahkan agar kota Hama dibom dan para pejuang Ikhwah diburu hingga ke lubang cacing. Akibatnya puluhan ribu (ada yang menganggarkan kira-kira 46,000 ribu!) pejuang Islam gugur syahid di tangan Hafez dan konco-konconya. Sebahagian besar daripada yang syahid ini adalah penganut Ahlul Sunnah wal Jamaah. Selepas peristiwa ini, Hafez mengharamkan Ikhwanul Muslimin. Malah sesiapa yang menyertainya akan dihukum bunuh!
Hafez juga terkenal dengan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin! Walaupon media Syria menggambarkan Hafez sebagai pembela nasib rakyat Palestin, anda semua sila jangan tertipu dengannya hey! Penglibatan Hafez dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Tel Al-Zaatar tidak dapat dinafikan lagi. Choyyy. Begitu juga dengan hakikat bahawa Bukit Golan yang diduduki oleh Zionis laknatullah dan terletak hanya beberapa kilometer dari Damsyik, tidak pernah diganggu-gugat, dijentik pon tidak oleh Hafez. Walhal Hafez dengan penuh riang rianya menumpahkan darah umat Islam, rakyat negaranya sendiri!
Era Pemerintahan Bashar al-Assad
Naiknya Bashar al-Assad ke taktha pemerintahan Firaun Syria adalah tidak dirancang sebenarnya. Pada mulanya, Hafez telah pon melatih anak lelaki sulungnya, Bassel al-Assad untuk menggantikannya. Namun, takdir Allah menentukan segalanya apabila Bassel mati dalam suatu tragedi kemalangan jalan raya.
Bashar yang ketika itu sedang menuntut di Kerajaan Bersatu dalam bidang perubatan mata dipanggil pulang untuk mengisi vakum yang ditinggalkan Bassel. Bashar, yang merupakan seorang yang pendiam dan kurang dikenali, mula diberikan tugas, amanah dan kedudukan dalam pasukan tentera dan rejim Syria.
Selepas kematian bapanya pada tahun 2000 akibat paru-paru berair, Bashar dilantik menjadi Presiden Syria yang baru tanpa sebarang tentangan. Bashar dilihat sebagai Presiden yang popular kerana mewakili anak muda Syria dalam membawa reformasi dan perubahan pada Syria (dia dilantik menjadi Presiden ketika berusia 34 tahun). Malangnya, reformasi dan perubahan ini tidak diterjemahkan dalam erti kata yang sebenar, dan akhirnya rakyat Syria bangkit bagi menentang penindasan rejim Bashar al-Assad.
Revolusi Rakyat Syria
Mungkin tak ramai yang tahu punca sebenar kebangkitan rakyat Syria kerana macam mana nak tahu kalau hari-hari baca Utusan Online atau Metro sahaja *koff koff*. Peristiwa yang mencetuskan kepada kebangkitan rakyat tidaklah seromantik kejadian yang mencetuskan revolusi di Tunisia misalnya, apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya hidup-hidup. Tetapi ia cukup signifikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat Syria hingga menyebabkan satu-persatu domino jatuh menyembah bumi (Baca: Teori domino dan bukannya pizza Domino’s itu tahu..?).
Semuanya bermula apabila sekumpulan kanak-kanak di sebuah tadika yang menconteng dinding tadika mereka dengan tulisan,“Kami Mahu Jatuhkan Kerajaan!” Apabila perkara ini diketahui oleh anjing-anjing Bashar, kanak-kanak ini ditangkap dan diseksa, antaranya dengan mencabut kuku-kuku mereka! Malah ada yang mati akibat seksaan keras yang dikenakan terhadap mereka. Bayangkan kanak-kanak tadika yang masih belum kenal pon erti kehidupan yang sebenar dilayan sebegitu rupa!
Apabila ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut pergi untuk menuntut agar dibebaskan anak-anak mereka, permintaan mereka ditolak dengan keras. Malah, mereka diludah pula dengan kata-kata keji,
“Kamu balik sahajalah. Lupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kepada kami isteri-isteri kami (untuk kami rogol); hasil daripada itulah anak-anak kamu!”
Terasa mahu beri pelempang Jepun tiga ratus enam puluh darjah secara percuma bukan..?
Rentetan kekurangajaran mereka itu, rakyat menjadi berang dan sedikit demi sedikit, kemarahan mereka itu merebak pula ke seluruh Syria. Daripada ratusan, menjadi ribuan dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan jutaan rakyat Syria! Menariknya, kebangkitan rakyat Syria dipelopori oleh mereka yang berfahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah, menjadikan revolusi ini seolah-olah kebangkitan Sunni menentang Syiah.
Ya, bunyinya seperti tidak terpercaya bukan? Seolah-olahnya anda sedang membaca hikayat dongeng yang diperdengarkan kepada anda sewaktu kecil dahulu sebelum hendak tidur. Dan anda menjangkakan pastilah pengkakhiran cerita dongeng ini akan disudahi dengan kehidupan gembira selama-lamanya (Baca: Happily ever after). Macam tidak logik pula kebangkitan rakyat secara besar-besaran dicetuskan oleh kanak-kanak tadika yang tidak berdosa. Tetapi itulah hakikatnya. Dan pastikan anda telan dan hadam fakta ini betul-betul kerana begitu banyak dakyah dan fitnah disebarkan di luar sana bagi mengelirukan umat Islam dan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Of kos, peristiwa di tadika itu hanyalah pencetus dan bukannya faktor penyebab kepada revolusi Syria. Maknanya, rakyat Syria selama ini ibaratnya gunung berapi yang terpendam lama, hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletus. Pastinya rakyat sudah lama memendam rasa dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Bashar, ditambah pula dengan sikap berat sebelahnya terhadap kaum Syiah Alawi. Menarik sekali apabila dibuat perbandingan, apa yang berlaku di Syria sekarang ini tidak jauh bezanya dengan layanan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dahulu terhadap kaum Syiah minoriti di sana. Akhirnya, peristiwa kanak-kanak tadika yang diseksa itu telah menyebabkan rakyat meletup, bangkit menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mereka.
Kebangkitan rakyat Syria pada mulanya dipandang enteng oleh rejim Bashar. Mereka menyangkakan yang kemarahan dan protes yang dicetuskan oleh rakyat itu hanyalah warm warm chicken shit sahaja. Mereka silap. Hari demi hari, kebangkitan rakyat semakin menular dengan begitu pantas. Kebangkitan rakyat amat berapi dan mata bersinar-sinar terutamanya di Homs, Hama, Deera dan Doma, menyebabkan Bashar dan konco-konconya panas punggung dan berpeluh tengkuk. Tidak disangka Bashar, kepemimpinannya suatu hari nanti akan dicabar dan dibenci.
Arakian Bashar dan anjing-anjingnya mengambil keputusan untuk mengikuti jejak bapanya dengan menghapuskan segala ancaman yang wujud terhadap pemerintahannya dengan apa cara sekalippon. Dasar bapa borek, anak rintik! Orang awam yang menyertai protes ditembak tanpa rasa kasihan. Aktivis-aktivis kebangkitan dicari, dikejar sehingga ke lubang cacing, ditangkap di tengah malam dan diseksa atau dibunuh. Malah wanita dan anak-anak kecil juga tidak terlepas daripada kezaliman Bashar.
Kekejaman dan kezaliman Bashar bukan satu dongengan. Bukan satu rekaan untuk memburukkan reputasinya yang sudah pon sedia tercalar. Ia direkodkan dengan baik dan teliti sekali, baik melalu testimoni mereka yang terselamat dan askar-askar yang belot melarikan diri daripada Bashar, atau melalui rakaman video dan gambar yang sempat diambil oleh para saksi.
Antara video yang amat menggugah jiwa adalah apabila rakyat Syria dipaksa untuk menyebut ‘Laila ha illa Bashar!’ atau ‘Tiada sembahan selain Bashar!’ Astaghfirullah.. Dan mereka yang enggan menyebutnya akan dirobek mulut mereka, sehingga hilang bahagian rahang bawah mereka (gambar ini sudah tersebar dengan banyaknya di MukuBuku; menggeletar juga lutut saya menyaksikannya). La hawla wa quwwata illa billah..
Celakalah kau wahai Bashar! Tiada Tuhan, Ilah atau Raja yang layak disembah melainkan Allah dan Allah sahajalah! Mahukah dikau mendapat kemurkaan dan seksaan sepertimana yang Allah turunkan kepada Firaun laknatullahi ‘alaih..??
Ok emo sekejap di situ.
Belum lagi dihitung kekejaman dan kezaliman yang lain yang dilakukan Bashar dan anjing-anjingnya. Misalnya, nasib yang menimpa seorang gadis sunti, Zainab al-Husni, 23 tahun, yang dikerat empat dan dicampak mayatnya di hadapan rumah keluarganya, semata-mata kerana dia melawan kerana tidak mahu dirobek daranya oleh tentera Bashar laknatullah. Belum lagi dikira nasib 19 orang doktor dan dan 40 orang pesakit di sebuah hospital di Doma yang dibunuh dengan kejam oleh anjing-anjing Bashar. Allahu Akbar! Moga Allah mengurniakan syahid kepada kalian semua! Kalian tuntutlah di hadapan mahkamah Allah yang Maha Agung lagi Adil di Mashyar kelak; Dia pasti tidak akan mengecewakan kalian!
Sehingga kini, sudah ribuan nyawa yang gugur sejak revolusi Syria tercetus setahun yang lalu (angka sebenar tidak dapat dipastikan; pokoknya cukup ramai!). Lebih banyak nyawa akan tergadai dek ketegasan dan kedegilan Bashar untuk menamatkan kebangkitan ini dengan cara apa sekalipon.
Dunia terus menyaksikan dan bertepuk tangan gembira dengan apa yang berlaku. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kekal dungu dan menjadi boneka kuffar, apabila Russia dan China, dua ahli tetap Majlis Keselamatan menggunakan veto mereka untuk menolak sebarang usul untuk mengenakan tindakan terhadap rejim Syria. Iran dan Hizbullah pula terus memberikan sokongan, sama ada secara terang-terangan atau di belakang tabir terhadap rejim Bashar. Diceritakan juga bagaimana Hizbullah menghantar tentera elit dan komando mereka ke Syria untuk membantu Bashar menamatkan riwayat revolusi ini.
Terbaru, email-email Bashar, isterinya Asma, ayah mertuanya yang berpengkalan di London dan beberapa orang lagi konco dan kroni telah tersebar luas di media. Hasil selusup masuk sejak berbulan-bulan berjaya mendedahkan kekorupan dan pengkhianatan Bashar dan para penyokong tegarnya. Bagaimana di tengah-tengah krisis yang melanda, Bashar dan orang-orang kanannya boleh berjenaka bersahaja dengan apa yang sedang menimpa rakyat Syria, malah tidak mengambil seriyes langsung dengan krisis kemanusiaan yang berlaku. Diperlihatkan juga bagaimana Bashar dan isterinya Asma dengan selamba badak membeli-belah atas talian dengan riang gembiranya melalui laman-laman membeli-belah yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Begitu juga nasihat yang diberikan oleh bapa mertuanya, yang menyarankan agar Bashar mencipta helah dan alasan untuk menutup kezalimannya terhadap rakyatnya sendiri.
Hallo melloww…?? Bangkai gajah lagikan hendak ditutup..??
Di sebalik kekejaman dan penindasan yang dilakukan Bashar ke atas rakyatnya sendiri, amat mengagumkan dan mengharukan apabila melihat semangat rakyat Syria yang tidak pernah padam. Mereka begitu yakin dengan janji Allah, barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalanNya, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar. Mereka begitu yakin yang suatu hari nanti, Bashar dan rejimnya akan berjaya juga ditumbangkan. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting, mereka semua bersatu, berjihad untuk melawan kekejaman rejim Bashar. Menaikkan bulu roma juga apabila menonton video-video kebangkitan mereka ini, yang membuktikan betapa bersemangatnya mereka dengan perjuangan ini. Masih terngiang-ngiang laungan keramat mereka:
Kebebasan untuk Syria! Kezaliman mesti ditumbangkan! [Kredit] |
Persoalan saya untuk diri sendiri dan anda semua; mengapakah ummah ini boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh Bashar al-Assad dan konco-konconya..?? Begitu hinakah deen dan ummah ini??? Di manakah khalifah mukminin yang sepatutnya menjadi perisai kepada kita semua…??
Syria: Mengapa Kita Perlu Peduli
Dalam sebuah hadith, ar-Rasul SAW menyatakan:
“Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam.”
Ini bukan krisis rakyat Syria sahaja. Bukan juga krisis negara-negara Arab, walaupon merekalah yang sepatutnya bangkit menghulurkan bantuan dahulu atas faktor geografi dan kelebihan yang ada pada mereka.
Tetapi ini adalah isu ummah. Krisis ummah. Maka ia perlu ditangani secara bersama-sama.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Bayangkan kalau kita berada di situasi yang sama. Nau’dzubillah.. Pastilah kita mengharapkan saudara-saudara kita di Indonesia, Thailand, India malah jauh nun di Afrika Selatan sana, untuk menghulurkan bantuan bukan..? Malah sedikit simpati dan empati, menyertai demonstrasi di jalanan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kita dan apa-apa sahaja yang boleh menaikkan semangat kita, pastilah amat kita hargai.
Mereka adalah saudara seIslam kita. Hubungan yang paling suci adalah hubungan yang dijalinkan dengan aqidah, dan bukannya darah, bukannya bangsa apatah lagi parti politik angkat keris. Eh. Kalau bukan kita yang mahu bangkit membela mereka, takkanlah kita mengharapkan Obama, Netanyahu atau Samy Vellu pula…?
Apa Yang Boleh Dan Perlu Untuk Kita Lakukan?
“Tapi Inche gabbana… Syria dan Malaysia, jaraknya ribuan batu! Macam mana nak bantu..?”
“Ala, orang Syria bukan perlu apa-apa pon bantuan daripada kita. Entah-entah mereka tak tahu pon Malaysia tu apa!”
“Tiada apa yang boleh kita bantu melainkan doa. Berdoa sahajalah, mudah-mudahan Allah selamatkan mereka.”
Err.. Alasan yang sama anda berikan untuk krisis yang berlaku di Palestin. Dan juga Chechnya. Dan juga Kashmir. Dan juga Sudan. Dan semua-semualah krisis yang melbiatkan saudara seIslam kita. Aduhai.
Hakikatnya, banyak benda yang boleh kita lakukan secara langsung atau tidak, bagi menunjukkan bahawa kita bersama-sama rakyat Syria keseluruhannya dalam menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad.
Mari kita senaraikan apa yang boleh dan perlu kita lakukan, yang sudah semestinya berada dalam lingkungan kemampuan kita:
- Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di Syria. Jangan pernah rasa bosan dengannya.
- Tulis surat atau dinding atau kicauan kepada rakan-rakan Syria anda (Sekiranya anda, kalau tiada bolehlah cari! Wah!) memberikan kata-kata semangat dan pendorong
- Tulis surat atau email kepada kedutaan Syria di Malaysia, menyatakan bangkangan dan protes anda terhadap kekejaman Bashar. Anda boleh ke laman sesawang kedutaan Syria untuk melakukannya atau boleh juga terus ke sini. Mari lancarkan perang email terhadap mereka!
- Sertai demonstrasi aman seperti yang telah saya lakukan minggu lepas *koff koff rugi wile weh sapa tak pergi koff koff seriyes rugi koff koff*, tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Syria. Percayalah, mereka menyaksikannya.
- Kongsikan video-video atau artikel-artikel yang berkaitan dengan revolusi Syria di laman MukaBuku atau Pengicau anda. Sebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku Syria supaya tak jadi macam mamat Zainuddin Maidin sorang ni. Hohoho.. (Awas! Jangan sebarkan gambar-gambar yang menakutkan lagi mengerikan! Tak tidur malam nanti dibuatnya!)
- Jangan lupa terus mendoakan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah yang doa itu senjata bagi orang Mukmin! Yakin juga yang suatu hari nanti pasti Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka, samalah seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya!
- Teruskan mentarbiyah diri dan orang di sekitar anda menjadi individu Muslim sejati. Kerana hanya mereka yang benar-benar faham erti menjadi seorang Muslim, boleh menjiwai kepentingan memperjuangkan nasib saudara seaqidah!
Ha, kan macam-macam yang boleh kita lakukan tu..? Senyum kenyit mata.
Sekitar demo Syria yang saya sertai tempoh hari. Sungguh bersemangat anak-anak muda kita! Allahu Akbar! [Kredit: Kamera saya sendiri okayh..? Tak main la cilok dari orang lain! Wahahaha. ;p] |
Lagi gambar demo. |
Akhawat pon bersemangat! Hoyeeaahh! |
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, mungkin kita merasakan yang usaha kita yang kecil dan tidak seberapa ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada revolusi rakyat nun di Syria sana nun. Apatah lagi untuk menumbangkan rejim Bashar yang maha zalim itu. Tetapi siapa tahu dan dapat menjangkakan, dengan beraraknya kita, dengan laungan takbir dan kata-kata semangat kita dan dengan doa-doa penuh keikhlasan yang kita lafazkan untuk saudara-saudara kita di sana, ia sebenarnya memberikan kekuatan kepada mereka semua untuk meneruskan pengorbanan dan perjuangan mereka..?
Dan yang lebih mengalirkan peluh besar adalah, dakwaan-dakwaan yang bakal dikemukakan oleh mereka yang terkorban hasil kekejaman Bashar terhadap kita di mahkamah Allah nanti. Apa yang telah kau lakukan? Mengapa kau hanya duduk selesa di atas sofa menonton drama Korea tanpa mempedulikan nasib aku di Syria?? Sanggup kau biarkan Bashar dan anjing-anjingnya bermaharajalela dan berbuat sesuka hati mereka..?? Di mana kau ketika aku amat memerlukanmu…??
Gulp.
Ingat, ini bukan perjuangan rakyat Syria semata-mata. Ini perjuangan kita bersama. Ini perjuangan dan jihad menentang kezaliman dan membebaskan saudara seaqidah kita daripada cengkaman penindasan dan kekejaman!