The Times Online melaporkan bahawa komando Israel yang menyerang hendap kapal misi bantuan kepunyaan Freedom Flotilla telah disenaraikan sebagai antara calon pilihan penerima anugerah khas dari Kerajaan Israel iaitu Medal of Valor.
Serangan yang menyebabkan 9 orang aktivis meninggal dunia itu mendapat perhatian dunia dan ia dikecam dari pelbagai media serta masyarakat.
Medal of Valor atau dalam bahasa Hebrew disebut Itur HaGvura ialah pingat khusus yang membawa gelaran Hero of Israel kepada penerimanya. Pemegang pingat ini bukan sahaja bergelar ‘hero’ tetapi juga akan menerima kelebihan-kelebihan tersebut:
- Pengurangan cukai pendapatan
- Jemputan ke majlis-majlis kehormat pegawai kerajaan
- Mayatnya akan ditanam di Helkat Gedolei Ha’Uma iaitu kawasan perkuburan tempat Dr. Theoder Herzl (Pengasas Pertubuhan Zionis Antarabangsa) ditanam.
Archives
All posts for the month July, 2010
6 Jun 2010, dikala dunia disibukkan dengan kekejaman IDF menyerang kapal misi bantuan kemanusian di Palestin maka berakhirlah mesyuarat agen-agen Illuminati dari seluruh dunia yang dipimpin oleh kumpulan Yahudi bernama Bilderberg.
Ketegangan di Gaza dengan serangan komando-komando Dajjal juga setidak-tidaknya boleh mengalih tumpuan para pemerhati kepada agenda mesyuarat Bilderberg yang berlangsung di Sepanyol. Kemungkinan serangan itu juga dirancang dan pihak Israel sendiri sudah maklum bahawa jika serangan dilakukan dunia akan marah.
Israel kemungkinan memerlukan ‘kemarahan’ masyarakat dunia ini bagi mengalih tumpuan masyarakat dari melihat perkembangan mesyuarat Bilderberg 2010.
Menurut beberapa orang penyiasat konspirasi barat seperti Jim Tucker dan Daniel Estulin, mereka membuat kesimpulan bahawa perang propaganda bakal dicetuskan melalui keputusan mesyuarat ini. Perang ini diyakini akan melibatkan Iran dan beberapa negara Timur Tengah.
(Kiri) Daniel Estulin (kanan) Jim Tucker
Agenda Peperangan Dalam Mesyuarat
Menurut Tucker lagi, informer beliau yang berada di dalam mesyuarat tersebut memberitahu bahawa undian dijalankan terhadap kemungkinan sama ada perlu atau tidak Amerika menyerang Iran. Di dalam pungutan undian itu hampir 100 peratus ahli mesyuarat tidak menyokong.
Namun, bagi agen-agen veteran Illuminati seperti Zbigneiw Brzeziski mereka amat menyokong penuh usaha tersebut. Malah Brzeziski juga sebelum ini telah pun mewar-warkan perlunya ‘peperangan’ di dalam beberapa ucapan beliau di majlis makan malam Council on Foreign Relation (CFR).
(Video) Brezeziski ketika memberika ucapan dalam perjumpaan CFR.
Di dalam menyebarkan benih-benih perang itu, Brzeziski menggunakan istilah “global political awakening” bagi membangkitkan sokongan ahli-ahli yang hadir.
Kehadiran Mesyuarat Yang Mencurigakan
Di dalam mesyuarat kali ini, Jim Tucker melaporkan ramai orang-orang penting politik dunia tidak hadir atau mungkin tidak dijemput. Menurutnya ketidakhadiran mereka kemungkinan kerana khuatir akan ajukan soalan-soalan dari para media antarabangsa yang sedia menunggu di luar hotel.
Menurut Tucker lagi, mereka ini juga mungkin bimbang jika wartawan bertanyakan soalan ini;
“What are you doing with these monsters?”
Selain itu, didapati juga billionaire komputer, Bill Gates hadir dalam mesyuarat kali ini. Ramai tidak dapat memastikan agenda sebenar dijemput Bill Gates di dalam mesyuarat Bilderberg yang lebih berfokus terhadap dasar ekonomi dan polisi luar negara. Pada pandangan kami, Bill Gates akan berperanan melalui syarikatnya dalam membentuk sistem khusus yang bakal digunakan dalam perang yang dirancang pada masa depan.
Tiada Wakil Asia Tenggara Dalam Mesyuarat
Apa yang meyakinkan tentang Bilderberg bakal mencetuskan peperangan ialah tiadanya wakil dari Asia Tenggara yang dijemput menyertai mesyuarat ini.
Jika ada wakil Asia Tenggara di dalam mesyuarat tersebut maka salah satu agenda mesyuarat Bilderberg sudah dapat dikenal pasti akan membincangkan berkaitan pembinaan ekonomi dan politik. Tiadanya wakil Asia Tenggara maka agenda tersebut diyakini tidak dibincangkan.
Individu-individu Asia Tenggara yang diharapkan menyertai mesyuarat ini juga tidak dijemput seperti Tun Mahathir Mohamad, Lee Kuan Yew dan Sultan Hasanul Bolkiah. Ketiga-tiga mereka pernah dijemput dalam mesyuarat Bilderberg pada 3 – 6 Jun 1999 di Sintra, Portugal. Ketiadaan tiga gergasi Asia Tenggara juga menunjukkan arahan Bilderberg dalam mesyuarat 1999 sedang dilaksanakan di negara masing-masing.
Maklumat Mesyuarat
Tarikh : 3 – 6 Jun 2010
Tempat : Hotel Dolces, Sitges, Sepanyol
Kehadiran : 124 orang termasuk 2 orang wartawan majalah Economist.
Pengerusi Mesyuarat : Etienne Davignon (Vice Chairman, Sues-Tractebel)
Salamua’laik,
Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.
Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.
Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.
Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.
Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.
Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)
Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..
[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]
Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.
Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.
Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!
[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]
Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.
Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.
Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.
Dalam kesibukan pihak Hamas dan Israel cuba mewujudkan usaha mengembalikan semula perbincangan perjanjian damai, Palestin telah diserang dengan dua roket jet pejuang Israel pagi ini.
Serangan itu dilihat cuba dihalakan kepada terowong penyeludupan barang yang dibina oleh Hamas yang berada di antara sempadan Mesir dan Palestin. Serangan yang dilakukan juga tidak mendatangkan sebarang kemalangan jiwa di kawasan tersebut.
Menurut juru cakap Israel Defense Force (IDF), mereka tidak akan bertoleransi dengan sebarang serangan balas yang diterima dari pihak Palestin. Israel juga mendakwa bahawa serangan dilakukan kerana mengambil kira serangan roket al-Qassam buatan Hamas yang dilakukan pada 8 May (Sabtu) lepas.
Terdapat beberapa kecurigaan tentang serangan balas Israel ini, sama ada untuk mempercayai ia benar-benar serangan balas atau serangan yang sengaja dirancang untuk mencetuskan kemarahan Hamas. Antara perkara yang menjadi persoalan ialah;
- Israel mendakwa pada 8 Mei roket Hamas telah dilancarkan di Askelon tetapi Israel tidak menyerang balas secara drastik dan hanya menunggu 10 Mei untuk mengambil tindakan.
- Serangan roket jet pejuang Israel pada hari ini hanyalah selepas beberapa jam Perdana Menteri Israel dan Pemimpin Palestin bersetuju sebulat suara membuka semula usaha rundingan damai.
- Pihak Hamas pula mengeluarkan kenyataan menafikan serangan pada 8 Mei ke atas Ashkelon adalah angkara mereka.
- Media-media Israel sendiri melaporkan bahawa serangan ke atas Ashkelon tidak dapat dikenal pasti dari mana arahnya dan siapa yang benar-benar melancarkannya.
Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?
Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.
Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billion yang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.
Pada Oktober 2008, Mexico mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk sehingga mengakibatkan puluhan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan bagi menentang pentadbiran Presiden Manuel Lopez Obrador. Semuanya berpunca dari mainan kotor Goldman Sachs yang menguasai bank-bank tempatan melalui agennya iaitu Menteri Kewangan Mexico yang dikatakan berdarah campuran Argentina-Israel.
Pada 16 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan rasmi bahawa Goldman Sachs Group telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur di Amerika melebihi nilai USD1 billion.
Tapi di Malaysia, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SEC) tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs untuk beroperasi di sini.
Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;
“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”
(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)
Permainan ekonomi dari gengster-gengster Goldman Sachs ini mungkin menjadi lebih mudah kerana syarikat bapa konspirasi mereka, Rothschild Malaysia sudah menetap di Malaysia sejak 2006.
Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.
Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.
(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai jawatankuasa LOFSA pada 2003.
NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.
Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.
Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;
“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”
Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.
Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild
Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.
Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.
Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.
Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.
Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.
Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;
“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”
P/S : maklumat-maklumat tentang Rothschaild Malaysia tidak sulit, ia boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan majalah-majalah ekonomi tempatan.