I cant imagine..hard to imagine
Archives
All posts for the month November, 2013
If you’re NOT from Malaysia…Please respond !
Hi..thanks for coming ! Lately my visitors statistic BOOMING with new readers coming from west,europe,latin and some countries of Asia like Japan,South & North Korea.
The number increased everytime. This unexpected respond called me & myself to wish so many thanks for their insterest to read my blog ” Ilmu Itu Penyelamat ”
Lastly i have a request to the reader ” If you’re NOT from Malaysia…Please write some comments and follow us on FB ”
Your support and respond really appreciated..
FB itu FaceBook atau FitnahBermula ?
FaceBook @ FB bukan sekadar social media tetapi penuh dengan hidden agenda yang wajib untuk kita lihat dan amati. FB singkatan yg sangat famous di kalangan penduduk dunia..Ini adalah kerana Fenomena Budaya penduduk dunia Berubah dengan cepat sekali..FB boleh didefinisikan dlm pelbagai maksud di antaranya : FB ialah –
* Fitnah Bangsa
* Fitnah Budaya
* Fitnah Beragama
* Fitnah Berniaga
Dan pelbagai terma lagi yang kita mahu kaitkan. Jadi tidak perlulah kita memikirkan maksud FB itu..membuang masa shj. Apa yang penting “FeedBack” dari ciptaan FB ini. Sama ada ia akan memberi kesan ” Fully Bad ” or ” Fully Best” or ” Fully Beat ”
Ambil yang terbaik ” Fully Best ” & ” Fully Benefit ” untuk kita gunakan ia ke arah kebangkitan islam .
Ingatlah jangan terlampau leka dgn FB sehingga lupa utk ” Fokus Beramal ” ” Beribadat ” Berjuang ” Berdakwah ”
Jadikan ia sebagai ” Final Beat ” untuk pembangunan Islam..
Akhir kata semoga penggunaan FB akan beri FeedBack yg baik kpd FinalBook kita di Padang Masyar kelak..
Apakah Penyakit Gout?
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.
Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
- Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
- Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
- Minum alkohol berlebihan.
- Kecederaan kepada sendi.
- Selepas pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
- Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
- Sendi menjadi bengkak.
- Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
- Demam.
Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
- Mengurangkan sakit sendi.
- Mengurangkan kekerapan serangan.
- Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
Rawatannya termasuklah:
- Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
- Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
- Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
- Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
- Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.
BAGAIMANA RASULULLAH MEMAKAI CINCIN?
2. Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah;
a) Dari Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
b) Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cincin di tangan kanannya dan ia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; ‘Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya’”. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).
3. Adapun dalil bagi tangan kiri;
a) Dari Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincin di tangan kirinya”. (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)
b) Dari Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata Imam at-Tirmizi, hadis ini soheh). Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (yakni Nabi s.a.w.) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.
4. Mana yang paling baik, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri? Menurut Imam Nawawi; ulamak-ulamak Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan. Di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri. Namun yang rajih ialah; memakainya di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan dari tangan kiri. (Syarah Soheh Muslim)
5. Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini, sambil beliau (yakni Anas) menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)
Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, iaitu hadis dari Saidina Ali yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil ia (yakni Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya” (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)
Namun menurut ulamak; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram. (Syarah Soheh Muslim)
6. Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh. (Syarah Soheh Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, ‘Aunul-Ma’bud)
Wallahu a’lam.
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juz. 14, kitab al-Libas wa az-Zinah, bab Fi Khatam al-Wariq Fassuhu Habasyiy.
2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 4, bab Karahiyati at-Takhattum fi al-Usbu’aini.
3. ‘Aunul-Ma’bud, juz. 9, bab Ma Ja-a Fi Khatamil-Hadiid.