Kelantan mengalami sejarah dilanda banjir terburuk pada tahun 2014..
90% penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat dihanyutkan arus air yg deras. Rumah penduduk hilang dan roboh secara keseluruhan. Kesan yang amat dasyat ini menyebabkan penduduk begitu tertekan serta mengalami kesedihan yg amat mendalam. Berpuluh tahun berusaha membina rumah secara sikit demi sedikit akhirnya lenyap sekelip mata. Dengan pendapatan penduduk kampung yang hanya bekerja sbg penoreh getah dan bertani, adalah mustahil bagi mereka untuk memiliki rumah yg mereka miliki ini dalam masa yg singkat.
Kehidupan selepas pasca banjir adalah lebih mencabar bagi mereka, dengan ketiadaan tempat berteduh malah makan,minum dan pakaian mereka juga terpaksa bergantung kepada ihsan masyarakat yg perihatin.
Dengan ini saya memohon jika terdapat badan2 NGO atau pun agensi2 yang bersimpati di atas kesusahan mereka, sumbangan anda amatlah di alu2kan. Sila hubungi saya selaku wakil penduduk KAMPUNG KARANGAN sekiranya anda sudi untuk meringankan beban penduduk kampung saya bagi meneruskan kehidupan mereka.