LAWAT…Zuliana (kiri) melihat bayi yang ditinggalkan di parkir HTJS, semalam.SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.
“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.
“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran.Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan turut melawat bayi malang itu di HTJS.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan bayi berkenaan.
“Ketika ditemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di HJTS untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Archives
All posts for the month January, 2011
Gaji Menteri-Menteri Di Malaysia
Sunday, November 25, 2007, posted by kei
Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah
seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana
Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan
Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia.
Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan
menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah
PA kepada Menteri.Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip
pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul
surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan
di Jabatan Audit Negara, Perbendaharaan Malaysia,
Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta
Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia
termasuk Ketua-Ketua Menteri1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak
boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah
mendedahkannya. Terikat dengan akta Parliment2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit, pendedahan
harus berhati-hati3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit –
pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada
rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka
sajalah4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit tapi
tidak orang semua tahu.5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib
terima samada sakit atau tidak kerja.Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama
selepas persidangan Dewan Negara, semua perbelanjaan
ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,
hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak
bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut
sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan
Malaysia3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan
Malaysia5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan
lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak
RM40,000.006. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan
talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau
pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan,
kematian, atau pemberian kepada badan-badan kebajikan
boleh dituntut.8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya,
segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan.
Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.009. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak
RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk
elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak
boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah
mendedahkannya. Terikat dengan akta Parliment2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan
harus berhati-hati3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit-
pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada
rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah,
poket sendiri4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib
terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.Lain-lain hal
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang
menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit
sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan
diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti
berikut:1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan.
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik.
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti
kontrak dan lain-lain.
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi.
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak
300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara.
7. Lain-lain sumber.OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya
Wilayah Persekutuan*Penulis saja2 jer posting citer ni..x tau lah betul atau tidak…bagi penulis mahal macamana sekali pun gaji mereka adalah berbaloi jika segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dilakukan secara adil,telus dan saksama..jika tidak…..?
Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan mendukung berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[4]
Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X “Leopard”, sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga “prosumer“) yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan “prosumer” Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkait.
Diperbadankan pada 3 Januari 1977 [5], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan “Computer” daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[6] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[7]
Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[8] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan dukungan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[9]
Berdasarkan alasan-alasan dari falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[10]
Isi kandungan
[sorok]
[sunting] Sebelum Penubuhan
Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.
[sunting] Sejarah Awal
Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.
[sunting] Apple III and Lisa
Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.
[sunting] Peralatan yang sedang dihasilkan Apple
Komputer
Pemain muzik digital iPod
- iPod
- iPod U2 Edition
- iPod mini
- iPod shuffle – Pemain muzik digital ipod tanpa skrin
Telefon bimbit
Mesin penyiaran televisyien
Aksesori kamputer
- Video Conferencing Camera – iSight [1]
- Wireless Networking Products – AirPort Extreme Base Station [2] & AirPort Express [3]
- Computer Displays – Apple Cinema HD Display & Apple Displays [4]
- Computer mouse – Mighty Mouse [5]
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia
Latar belakang
[sunting] Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition’s logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato’ Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
[sunting] Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
[sunting] Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
[sunting] Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato’ Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
[sunting] Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
[sunting] Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
[sunting] Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah “lari” bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
[sunting] Persepsi
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru ‘declassified’ di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh “ascendent state capitalist class” di UMNO sebagai ‘coup d’etat’ untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]
[sunting] Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [5]
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
- Melayu : 86 orang
- Cina : 342 orang
- Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
[sunting] Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
[sunting] Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.
Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.
Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah “kerajaan mahligai” dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).
Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan bersemayam di Sening dekat Jembal.
Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.