Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
- Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
- Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
- Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
- Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
- Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.
Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan IslamP/S- Sila sebarkan perkara ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. TQ
Archives
All posts for the month February, 2010
Saya ada menerima email dari sahabat saya yang meminta saya untuk kongsikan artikel di bawah ini. Artikel ini adalah berkenaan dengan Adab-adab apabila berlakunya kematian. Sama-samalah kita baca dan ambil pengajaran daripadanya.
Adab Apabila Berlaku Kematian
Ustaz, kadang-kala bila melawat ketempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan.
Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu. Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga?
Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?
Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca denga kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.
Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.
Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu. Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.
Jawapan:
Waalaikumsalam Wr.Wb.
Saudara,
Berikut jawapan saya:1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.
2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar.
3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.
5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.
Wallahu A’lam.
Sekian, semoga dapat pengajaran. Dan sebarkanlah kepada kawan-kawan yang lain. TQ
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah artikel tentang ‘Rahsia Alis Mata Wanita‘. Benarkah ada rahsia yang tersembunyi di sebalik bentuk alis mata seorang wanita? Anda tidak percaya? Cubalah baca dan nilaikan sendiri…
Rahsia Pada Alis Mata Seorang Wanita
Pertama sekali, apa itu alis mata?
Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia.Kedua, apa fungsi alis mata?
- Melindungi mata dari bendasing.
- Alis mata bagi seorang wanita adalah salah satu daripada aset kecantikan.
Sama juga macam rambut, alis mata ada macam-macam jenis. Ada yang lebat, ada yang nipis, ada yang lembut, yang halus, yang kasar, yang jarang-jarang, yang bengkok, yang lurus dan macam-macam gaya lagi lah.
Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang ini, maka ada kajian dan ramalan yang dibuat tentangrahsia atau tanda yang tersembunyi disebalik perbezaan alis mata setiap orang.
Adakah bentuk-bentuk alis mata memberikan tanda-tanda tentang sikap atau perangai seseorang (khususnya wanita)?
Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana.
- Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.
- Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu huduh.
- Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.
- Dia mempunyai tutur kata yang lembut.
- Otaknya cerdas.
- Bersifat agak kelakar.
- Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.
Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang tajam.
- Dia seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam.
- Dia seorang yang suka campur urusan orang lain (busy body).
- Ada ciri-ciri sombong dan berlagak padanya.
- Cepat rasa cemburu.
- Dia seorang yang suka untuk memajukan diri menjadi lebih baik.
- Mudah menyesuaikan diri.
- Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah.
- Mempunyai daya imaginasi yang hebat.
- Dia suka melakukan perkara-perkara yang baru dan mencabar
Alis tebal
- Dia sentiasa berhati-hati dalam perbicaraannya (hanya berkata yang perlu saja).
- Dia seorang pendiam.
- Dia seorang pendengar yang baik.
- Sangat setia dan taat pada pasangannya.
- Dia seorang yang sensitif dan mudah terluka.
- Silap gaya, dia boleh mengamuk kalau tahap kemarahannya melepasi batasan.
Alis nipis
- Dia seorang yang keras hati
- Dia seorang yang banyak cakap (mulut kepoh)
- Dia suka bercakap apa saja walaupun perkara yang tidak penting
- Dia seorang yang banyak idea dan aktif
- Dia seorang yang agak agresif semasa diranjang
- Dia seorang yang cerewet tapi bijak
- Dia seorang yang agak garang tapi berpatutan.
Alis yang jarang dan nipis
- Dia seorang yang sangat keras hati
- Dia seorang yang mempunyai ego yang tinggi
- Dia seorang yang perfectionist dan rasa dia seorang saja yang betul
- Dia susah dengar cakap orang
- Kalau jadi isteri, dia mungkin lebih cenderung untuk jadi ‘queen control’
- Dia mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik
Alis yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai
- Dia mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat
- Dia seorang yang suka berdengki dan mudah iri hati
- Dia mempunyai perwatakan yang mempersona dan menarik perhatian
- Dia pandai bertutur kata dan agak peramah
Alis yang naik melengkung ke atas
- Dia seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya
- Dia seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon
- Dia seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya
- Dia pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya
Alis mata yang ada tahi lalat
- Dia seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya
- Dia tidak suka menyusahkan orang lain
- Dia suka memberikan pertolongan kepada orang yang disayanginya
- Dia seorang yang sempoi dan bersahaja
- Dia juga pintar dan sentiasa mementingkan orang yang disayanginya
Anda mempunyai alis mata yang macammana? Nipis? Tebal? Jarang-jarang? Apa-apapun, tak kira lah apa rahsia yang ada disebaliknya, saya tetap suka alis mata isteri saya yang cantik dan menawan itu
19 Februari 2010
16 Februari 2010
Semalam, Ketua Polis Dubai, Leftenan Jeneral Dhahi Khalfan Tamimmendedahkan dalam satu sidang media gambar suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh.
(Gambar) Jeneral Tamim menunjukkan kepada media gambar salah seorang suspek.
(Gambar) Suspek-suspek yang disyaki terlibat.
Berikut ialah ringkasan sidang akhbar Polis Dubai dengan media antarabangsa di Dubai, UAE.
- Bilangan yang disyaki meningkat kepada 11 orang berbanding 10 orang sebelum ini.
- Suspek-suspek berpakaian seperti pemain tenis sambil membawa alat-alat tertentu yang dipercayai bagi menyuntik Al-Mabhouh.
- Berikut ialah senarai nama suspek yang didedahkan oleh Polis Dubai (nama-nama dipercayai adalah nama samaran) Gail Folliard, Kevin Daveron, Evan Dennings, Paul John Keely, Stephan Daniel Hodes, Melvyn Adam Mildiner, Jonathan Louis Graham, James Leonard Clarke, Michael Lawrence Barney dan Michael Bodenheimer. Manakala seorang lagi dipercayai mastermind ialah Peter Elvinger (rakyat Perancis).
- Tamim juga mendedahkan, kesemua agen itu dibantu oleh dua orang lagi suspek yang dipercayai warga Palestin yang kini ditahan Polis Dubai. Identiti mereka tidak didedahkan.
12 Februari 2010
- Laporan terbaru dari Intelligance Online mendedahkan jumlah sebenar agen yang terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh ialah 10 orang dan 3 darinya adalah wanita.
- Pembunuhan tersebut dilakukan di Hotel Al-Bustan Rotana bilik nombor 130.
- Pembunuhan tersebut juga mengundang campur tangan pelbagai agensi risikan rahsia khususnya dari UAE, Jordan, Mesir, Iran dan Syria.
- Hasil siasatan juga mendedahkan salah seorang dari 3 wanita Israel itu menyamar sebagai pembantu hotel yang lengkap berpakaian uniform hotel.
Ketua Polis Dubai menegaskan pada 7 Februari 2010 lepas bahawa mereka yakin kematian Mahmoud Al-Mabhouh adalah angkara sekumpulan perisik Mossad yang memecah masuk ke bilik hotel tempat Allahyarham menginap.
Menurut Dhahi Khalfan (ketua polis Dubai) didapati sekurang-kurangnya 7 orang warga Israel yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala dikalangan mereka kemungkinan terdapat seorang wanita atau lebih.
Cara Pembunuhan Al-Mabhouh
Antara tipu helah yang digunakan untuk memburu dan membunuh Al-Mabhouh ialah ketujuh-tujuh orang warga Israel tersebut menggunakan passport warga Ireland untuk memasuki negara Dubai dan mengisytiharkan diri sebagai pelancong.
Manakala seorang lagi pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahar mendakwa sebahagian perisik-perisik tersebut juga memasuki Dubai dengan cara mengikuti rombongan salah seorang menteri Israel, Uzi Landau yang sedang menghadiri sebuah persidangan berkaitan sumber tenaga.
(Kiri) Uzi Landau (Kanan) Mahmoud Al-Zahar
Menurut laporan, sebelum pembunuhan bilik Al-Mabhouh telah diceroboh oleh sekumpulan perisik. Mereka kemudiannya menangkapnya dan menyuntik tangannya dengan sejenis dadah yang mampu merangsang sakit jantung yang kronik.
Selain itu, laporan perubatan juga mendapati Al-Mabhouh telah dikenakan kejutan elektrik pada anggota fizikalnya dan ini berdasarkan kesan-kesan bukti-bukti penjerutan pada badannya.
Polis Dubai dan pimpinan Hamas yang lain sangat yakin pembunuhan tersebut didalangi oleh Israel kerana Al-Mabhouh dibunuh hanya selepas tiga hari menteri Israel menghadiri seminar di UAE. Mereka yakin agen-agen Mossad turut sama menyelinap masuk ke UAE bersama-sama rombongan menteri Israel.
Menurut pemerhati, Al-Mabhouh sangat dikehendaki oleh Mossad kerana Israel mendakwa beliau merupakan orang tengah yang bertanggungjawab membawa masuk senjata-senjata dari Iran ke Palestin untuk digunakan oleh anggota-anggota keselamatan Hamas.
Disebabkan itu, maka Mossad menuduh bahawa tujuan Al-Mabhouh ke Dubai adalah bagi menguruskan urusan pemindahan senjata yang dibekalkan Iran. Namun begitu, polsi Dubai menegaskan bahawa mereka tidak yakin terhadap tuduhan tidak berasas itu dan percaya bahawa kehadiran Al-Mabhouh ke Dubai adalah atas urusan perniagaan.
Antara punca lain pembunuhan adalah dikatakan bahawa ia adalah dendam Israel kepada Al-Mabhouh yang pernah membunuh dua anggota tenterannya 21 tahun lalu iaitu Avi Sasportas dan Ilan Saadon.
Wallhu’alam …