Selepas 50 tahun menyimpan rahsia akhirnya bekas mangsa seks kanak-kanak , Terry Kohut dilaporkan akan membuka fail pertuduhan terhadap Pope Benedict atas jenayah pencabulan kanak-kanak.
Kohut mendedahkan beliau telah dicabul oleh Father Lawrence C. Murphy antara tahun 1950 hingga 1970. Dalam tempoh itu, Kohut juga mendakwa lebih 200 kanak-kanak pekak dirogol dan dicabul oleh Father Murphy.
Walaupun Father Murphy telah mati pada 1998, namun pertuduhan yang akan dibawa ke mahkamah ini ialah bertujuan mempersoalkan tindakan Gereja Vatican khususnya Pope Benedict yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Father Murphy walaupun mengetahui kesalahan tersebut.
Mangsa-mangsa jenayah seksual Father Murphy yang masih hidup sekarang sangat dukacita kerana majlis pengkebumian Father Murphy dijalankan dengan penuh adat istiadat kemuliaan oleh pihak pengurusan Vatican sedangkan mereka sendiri mengetahui apa yang telah dilakukannya sepanjang perkhidmatannya di Sekolah St. John, Milwaukee.
Pendedahan Kohut bersama beberapa orang lagi bekas mangsa seksual Father Murphy telah didedahkan melalui satu wawancara khas oleh CNN dalam satu siaran rakaman pada 23 September 2010.
Archives
All posts for the month September, 2010
Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.
Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.
(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)
Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.
Dua bukti pada Surah At-Taubah
Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.
Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;
Maksudnya;
“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”
Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107
1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”
Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.
Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.
Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.
Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.
Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.
Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.
2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.
Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.
Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.
3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”
Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.
Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.
Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?
4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).
Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.
Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.
Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.
(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.
5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”
Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.
Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.
Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.
Surah At-Taubah, ayat 109;
Maksudnya;
“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.
Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109
1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”
Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.
Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.
Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.
(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.
2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”
Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.
Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.
Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.
Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.
Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran
Dalam surah At-Taubah, ayat 124;
Maksudnya;
“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”
Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124
Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.
Rahsia Lain Surah At-Taubah
Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.
Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero
Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.
Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911
Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.
Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran
Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.
Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.
Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.
Na’uzubillahiminzaalik …
P/S: Perhatian, pembongkaran di atas bukanlah sejenis tafsiran ayat Al-Quran, ianya sekadar membuat perbandingan fakta antara peristiwa semasa dengan perkhabaran dalam Al-Quran. Bagi melihat tafsiran yang tepat, pembaca disarankan merujuk kitab-kitab tafsir karangan ulama’-ulama’ muktabar seperti Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.
Dalam keadaan yang sangat terdesak tetapi sangat terahsia perancangannya, Illuminati sekali lagi cuba menjalankan program teater desperado bagi merealisasikan matlamat ‘lain’.
Situasi isu Hari Membakar Al-Quran tidak lebih kepada suatu usaha terancang untuk mempromosikan bakat kepimpinan seorang pemimpin Islam tajaan Illuminati. Dalam erti kata lain, suasana tegang ini dicetuskan untuk memberi populariti kepada seorang hero palsu umat Islam.
Hero palsu ini sudah tentulah akan dinobatkan sebagai pembawa harapan-harapan pemimpin negara Islam lain untuk diketengahkan di tengah-tengah meja rundingan pemimpin dunia. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga berharap negara-negara barat yang degil dapat mendengar kata hero palsu ini.
Individu yang dijangka menjadi sandaran besar Illuminati bagi menjalankan dasar-dasar New World Order akan datang ialah Imam Feisal bagi Masjid Ground Zero.
Lakonan ini dilihat terlalu mudah kerana umum mengetahui bahawa cadangan pembinaan Masjid Ground Zero sudah pasti akan mengundang kemarahan rakyat Amerika yang racist.
Bukti 1 : Promosi media anti-Islam terhadap Imam Feisal
Larry King yang terkenal sebagai rancangan anti-Arab dengan tiba-tiba menjemput Imam Feisal Abdul Rauf pada 8 September 2010 lepas bagi bersoal-jawab tentang pembinaan Masjid Ground Zero.
Selain itu, Imam Feisal adalah satu-satunya Imam yang mendapat publisiti meluas dari media-media massa Yahudi di Amerika seperti CNN, New York Times, Frontline dan lain-lain lagi.
Akhbar pro-zionis milik Yahudi, Washington Post juga melakukan sesuatu yang pelik iaitu memuji-muji Imam Feisal sebagai seorang pemimpin yang sangat toleran dan mementingkan perpaduan kaum. Ini berbeza dengan nada Washington Post sebelum ini yang selalu menyebarkan ideologi anti-Arab.
Pada 12 September 2010, Imam Feisal juga akan dijemput oleh ABC News bersama-sama dengan Austan Goolsbee, Pengerusi bagi White House Council of Economic Advisers.
Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, Imam Feisal pernah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan Amerika yang menceroboh negara-negara Islam Timur Tengah. Agak mencurigakan, kenyataan pedas ini dipromosikan media barat dengan luas malah tiada kecaman langsung dari mana-mana anggota ADL atau ahli-ahli kabinet Obama.
Ia tidak sama seperti Prof Ismail Faruqi yang tidak pernah mengecam melalui akhbar tetapi dibunuh bersama isterinya hanya kerana mengeluarkan idea ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.
Bukti 2 : Pembinaan masjid diluluskan tetapi dibiarkan menghadapi isu kemarahan rakyat
Seperkara yang membuktikan ia lakonan, Terry Jones sebagai revolusionist tidak pula mengutarakan bantahan ketika Islamic Centre of New York mengemukakan cadangan awal kepada majlis bandaraya New York dalam usaha membina masjid di Ground Zero.
Manakala Imam Feisal tiada langsung kelihatan berusaha untuk berjumpa Terry Jones sebaliknya peranan tersebut diambil sepenuhnya oleh Imam Muhammad Musri, Presiden Islamic Society of Central Florida.
Di dalam isu ini, Imam Feisal harus dipersalahkan 100 peratus kerana beliau sendiri mengetahui bahawa dengan cadangan membina masjid di kawasan Ground Zero, ia sudah pasti mengundang prasangka negatif masyarakat barat terhadap Islam.
Imam Feisal juga sudah sedia maklum bahawa masjid merupakan simbol tempat ibadat bagi umat Islam, jadi cadangan pembinaan tersebut akan membuatkan para racist barat lebih benci kepada umat Islam. Cadangan itu seolah-olah merendah-rendahkan reputasi agama Islam di mata barat.
Selain itu, Imam Feisal tidak mengendahkan tawaran Donald Trump, billionaire New York yang menawarkan untuk menanggung semua kos pembinaan masjid jika ia dipindahkan ke bahagian lain di New York. Trump cuba bersikap berkecuali dan percaya tawarannya itu boleh meredakan ketegangan kedua-dua belah pihak.
Namun, ia tetap tidak diendahkan oleh Imam Feisal.
Bukti 3 : Imam Feisal Abdul Rauf adalah sekutu Yahudi Elit
Kami bukanlah bertujuan memburuk-burukkan sesama umat Islam tetapi dewasa ini propaganda zionis dan sekutu-kutunya tidak lagi dipelopori oleh yahudi sahaja bahkan segelintir umat Islam turut bersekongkol dengan puak ini.
Terdapat seperkara yang mencurigakan tentang Imam Feisal Abdul Rauf. Pertama sekali cadangan untuk pembinaan masjid di Ground Zero adalah hasil idea beliau sendiri bukannya melalui suatu mesyuarat jawatankuasa atau mesyuarat khas bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di New York Islamic Center.
Keduanya, Imam Feisal juga merupakan anggota rasmi bagi pertubuhan elit Yahudi Zionis iaitu Council on Foreign Relation (CFR atau disebut juga sebagai CAFFIR) yang mana organisasinya dikawal selia oleh David Rockefeller. Keanggotaan Imam Feisal di dalam CFR adalah sebagai Pengarah bagi Suruhanjaya Penasihat Agama di CFR dan Pengerusi Cordoba Initiative.
Menurut laporan Corbett Report, hasil perbualan mereka dengan Nancy Pelosi, mendedahkan bahawa dana pengurusan Cordoba Initiative bukan disumbangkan oleh umat Islam tetapi beberapa pertubuhan elit antarabangsa.
Manakala dalam Steve Watson (prisonplanet.com), Imam Feisal (yang juga boleh berbahasa Melayu) jelas seorang boneka bagi CFR dalam usaha mereka merencanakan perang akhir zaman antara Islam dan barat. Watson juga menegaskan bahawa kos pembinaan Masjid Ground Zero bernilai USD100 juta dibiayai American Society for Muslim Advancement (ASMA).
Manakala dana tabung ASMA pula adalah daripada Carnegie Corporation of New York, the Ford Foundation, Rockefeller Brothers, Rockefeller Philanthropy dan Rockefeller Brothers Fund. Kesemuanya organisasi milik Yahudi Elit Zionis.
Menurut Jerry Mazza, penulis buku State Of Shock: Poems from 9/11 on, Imam Feisal telah meletakkan umat Islam Amerika di dalam bahaya serta membuatkan mereka sentiasa dikelilingi oleh rakyat-rakyat Amerika yang marah.
Kesimpulan
Rentetan dari isu ini sejak ia digembar-gemburkan oleh media-media antarabangsa, jelas menunjukkan bahawa ‘Pesta Membakar Al-Quran’ adalah satu helah Zionis untuk menimbulkan kemarahan umat Islam serata dunia.
Bagi merangsang kemarahan masyarakat Amerika pula, Zionis melalui agen-agennya membuka ruang kelulusan mendirikan projek pembinaan Masjid Ground Zero di tempat punca tercetusnya istilah ‘pengganas’ terhadap agama Islam pada 2001 iaitu kawasan runtuhan World Trade Center.
Pertembungan kemarahan kedua-dua belah pihak ini merupakan objektif utama Illuminati. Dan selepas itu kita dapat melihat di celah-celah pertembungan dan kemarahan itu, seorang individu muslim di sebelah pihak Islam dan seorang individu non-muslim akan menjadi hero dalam meredakan ketegangan yang timbul.
Untuk semua isu di atas, ‘key person’ bagi propaganda Illuminati 11 September 2010 kali ini ialah Imam Feisal Bin Abdul Rauf.
Mudah-mudahan Allah melaknat tipu helah Illuminati yang sentiasa merancang menjatuhkan agama Islam sejak ratusan tahun dahulu.
Baru-baru ini, akhbar utama Iran iaitu Tehran Times telah melaporkan bahawa Malaysia akan menjalankan pre-test bagi menghalang penyakit denggi dari merebak.
Ujian awal ini dilakukan dengan cara melepaskan 2,000 hingga 3,000 nyamuk jantan berstatus GM (Genetically Modified) dengan tujuan dapat mengatasi potensi nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi.
(Genetically Modified – bermaksud sel-sel genetik organisma yang diubahsuai secara saintifik dan tujuan pengubahsuaian adalah mengikut objektif sesuatu penyelidikan)
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nyamuk-nyamuk GM ini dijangka akan dilepaskan pada bulan Oktober atau November 2010 di negeri Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka. Namun begitu, cara bagaimana ia dilepaskan dan kawasan khusus tidak dinyatakan.
Menurut kementerian itu lagi, pelepasan ini selaras dengan statistik yang dikeluarkan World Health Organization (WHO) yang menyatakan peratus mangsa jangkitan meningkat setiap tahun dan setakat ini dianggarkan 50 juta orang telah dijangkiti denggi.
Proses Pelepasan Yang Dijangka
Dalam permohonan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) terhadap National Biosafety Board, disebut bahawa pelepasan akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama, melibatkan kawasan yang berhampiran petempatan penduduk manakala fasa ke-2 adalah sebaliknya.
IMR menegaskan bahawa nyamuk jantan GM ini direka khusus agar boleh mati dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan bersifat mandul. Apabila ia mengawan bersama nyamuk Aedes betina maka diharapkan telur-telur akan mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes seterusnya.
Maklumat lanjut boleh dilihat di sini
Penentangan Masyarakat
Walaupun projek nyamuk GM ini telah bermula sejak 2006 di Malaysia, ia masih lagi dipersoalkan oleh sesetengah pihak khususnya Ketua Pengarah Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan (CETDEM), Gurmit Singh. Menurutnya;
“Once you release these GM mosquitoes into the environment, you have no control and it can create more problems than solving them,”
“If the larvae come into contact with the tetracycline, the chances of the larvae surviving is higher than it dying off,”
“We don’t know how the genetic flow will be affected. The non-targeted species might be adversely affected and increase the risk of ecological harm.“
Pandangan Blog Konspirasi
Kami lebih cenderung untuk menyokong kenyataan Gurmit Singh kerana di dalam permohonan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mereka dengan jelas menyatakan ia suatu ‘field experiment’.
Saintis Nyamuk GM
Sebenarnya kerajaan Malaysia telah mengambil teknologi ini dari penyelidikan saintis-saintis Oxitec yang berpengkalan di UK. Penyelidikan diletakkan terus di bawah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seperkara yang harus diingat ialah Oxitec merupakan institut penyelidikan persendirian yang menerima pembiayaan penuh dari 3 orang Yahudi Elit iaitu Bill Gates, Melinda Gates dan Warren Buffet di bawah Gates Foundation. Manakala Bill & Melinda Foundation juga sentiasa berkerjasama dengan Rockefeller Foundation dalam bidang-bidang tertentu.
Bantahan Dari Rakyat
Walaupun ia suatu projek yang masih diperingkat pra-matang, namun IMR telah meminta pandangan orang ramai untuk diajukan kepada mereka. Tarikh tutup adalah 4 September 2010.
Kami menyarankan kepada semua pembaca-pembaca khususnya penduduk Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka mendesak pihak berwajib (emel atau surat) mengubah kawasan ujian ke kawasan lain. Atau lebih baik kawasan Presint 4, Putrajaya dijadikan ujian.
Walaupun ia sudah agak lewat, tetapi desakan melalui emel yang bertalu-talu kemungkinan besar akan menarik sedikit perhatian dari Biosaftey Board.
Hantar surat atau emel kepada;
Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.
E-mel: biosafety@nre.gov.my.
No. Faks: 03-88904935.
P/S : Blog ini tidak menentang sebarang usaha kerajaan Malaysia menghapuskan denggi, ia cuma mempersoalkan bagaimana sesuatu usaha itu dilakukan dan apakah jaminan keselamatan jangka panjang untuk kesihatan rakyat.
Pihak admin blog ibnuyaacob.com melalui syarikat MOON MEDIA telah menghantar emel bantahan kepada Biosafety terhadap isu yang dibangkitkan
Projek Nyamuk GM: Persoalan Kemanusiaan (Bahagian 2)
Apabila meneliti semula Projek Nyamuk GM ini, maka didapati beberapa isu boleh dipertikaikan terhadap tindakan-tindakan IMR. Antaranya ialah;
Pertikaian 1 : Lokasi Ujian
- Mengapa IMR menggunakan manusia sebenar dalam proses melaksanakan ujikaji yang belum diketahui keberhasilannya malah kabur dari segi kesan-kesan mutasi genetik bagi generasi nyamuk akan datang.Tujuan murni mengurangkan kesan denggi amat dialu-alukan tetapi menggunakan populasi pendudukan sihat sebagai bahan ujian seolah-olah menjadikan mereka tikus eksperimen.
- Mengapa eksperimen ini tidak dilakukan di Bangsar atau Petaling Jaya? Kerana disitulah kerja-kerja penyemburan nyamuk paling kerap dilakukan setiap bulan. Atau mengapa tidak di Putrajaya?
- Adakah IMR mempunyai ‘Green House’ yang khusus untuk menjalankan ujikaji ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia.
Ujian lapangan yang dilakukan di Australi adalah terbaik kerana dilakukan di dalam Green House yang besar dan mempunyai beberapa individu sukarela yang bersedia digigit oleh nyamuk ujian. Projek tersebut di ketuai oleh Prof. Scott O’Neil dari Universiti Quensland.
Pertikaian 2 : Jangka Hayat Nyamuk GM
- Di dalam 2000-3000 nyamuk GM yang dihasilkan itu, adakah IMR memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bagaimana jika 5 ekor dari 3000 ekor itu hidup lama?
- Bagaimana IMR boleh mengesahkan bahawa 3000 ekor yang dilepaskan itu telah mati kesemuanya?
- Bolehkah IMR mengesan semula 3000 ekor yang dikatakan ‘bakal mati’ itu.
Ricarda Steinbrecher, Pengerusi EcoNexus yang juga adhoc bagi Cartagena Biosafety Protocol (AHTEG) menegaskan seperti berikut.
“With GM insects — and in particular GM mosquitoes — we are faced with a number of problems that we have very little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”
“We don’t even know, or have sufficient scientific data on, what the potential harm or negative impacts might be.”
Menurut Steinbrecher lagi, para penyelidik harus ingat bahawa nyamuk tidak akan bergerak setempat, mereka mampu berpindah dari satu habitat ke habitat lain secara rawak.
Pertikaian 3 : Hebahan Maklumbalas Masyarakat
- Proses hebahan dari Biosafety sangat mencurigakan. Sepatutnya perkara besar sebegini yang melibatkan populasi masyarakat perlu diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama atau setidak-tidaknya dihebahkan melalui risalah di kawasan Bentong dan Alor Gajah.
- Jangka masa tarikh tutup yang singkat iaitu 4 September 2010 adalah sangat mustahil bagi para pemerhati dan pembaca membuat sedikit kajian lapangan dalam menilai cadangan IMR.
Pandangan Blog
Bersetuju dengan objektif IMR menghapuskan denggi tetapi sokongan mungkin boleh diberi setelah Biosafety menjawab pertikaian-pertikaian di atas.
Penawar Mengubati Resdung Hidung
Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin. Sebelum ini pun, saya pernah berkongsi petua mencegah resdung di sini.
Kali ini, saya nak kongsikan pula petua mengubati resdung. Caranya begini;
1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya ya.
Amalkan langkah ini setiap hari sehinggalah penyakit resdung anda beransur pulih.
Mungkin cara di atas ni anda dah pernah dengar atau baca. Jadi, saya nak kongsi lagi satu cara mengubati resdung sebagai alternatif;
1. Anda perlukan dua biji buah pinang yang sudah masak.
2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya saja ya.
3. Potong dan hiris kulit buah pinang tadi hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
4. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
5. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya.
Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.
Selamat Mencuba ya!