Mont Saint Michel is located in France. Its construction began in 709. In 1874 it was declared a historic monument. The population of Mont Saint Michel is 80 including 50 monks.
Archives
All posts for the month March, 2010
Perhatian : Petua ini adalah untuk orang yang sudah berkahwin (dengan cara yang sah) sahaja. (18SX)
Saya ada menerima beberapa petua yang agak 18sx dari kawan saya melalui email. Pada mulanya saya agak keberatan dan berasa ragu-ragu juga, patut ker saya kongsi kan petua-petua yang macam ni? Yerlah kan, benda macam ni agak sensitif sikit.
Namun, memikirkan petua-petua ini bagus terutamanya kepada mereka yang bermasalah. Maka saya rasa tak ada salahnya saya berkongsi. Tujuan saya kongsikan petua ini adalah semata-mata untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar bermasalah. Semoga ada manfaatnya petua-petua ini, sikit sebanyak.
Namun, saya ingatkan di sini, kepada mereka yang masih belum bernikah, jangan gunakan petua-petua ini untuk tujuan yang tidak baik. Saya tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan petua-petua ini. Harap maklum.
- Petua 1 : Menguatkan Zakar ketika bersetubuh
Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu :
- Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagong 3 x sehari atau lebih (amalkan ).
- Sediakan segelas susu dan buah kismis ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
- Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbus ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
Tempuh masa diamalkan adalah 3/hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9 hari. Insyaallah terbukti hasilnya kelakian anda.
- Petua 2: Menguatkan Dan Membesarkan Zakar
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Petua ini berhasil menolong kawan-kawan saya. Cubalah.
- Petua 3 : Lelaki lambat keluar air mani
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya. Insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.
- Petua 4 : Untuk Tambah Power
Untuk menambahkan power semasa bersetubuh di mana sila amalkan petua berikut;-
- Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil. Oleh itu kalau nak buang air besar maka air kecil harus ditahan dan tarik nafas,sebegitu juga sebaliknya. Yang penting jangan buang kedua2 air sekali.
- Amalkan dikepalkan besar ibu jari nasi dan telan semasa hendak mula makan. Sekian
- Petua 5 : Menguatkan Tenaga Batin SiWanita
Bagi wanita yg mahukan lebih ‘ummphh’ ( Tenaga ) sewaktu bertarung dgn si suami amalkan petua ini :selama 3 pagi berturut-turut, hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga ( Peringatan: petua ini tidak akan mujarab sekiranya si suami sudah terjaga ), rendamkan 3 jenis daun bunga yg berasingan, (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dgn sedikit madu asli kedalam sebaldi air suam selama 30 minit . Mandi menggunakan air ini selepas itu barulah kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya.
Sekian, selamat mencuba. Cuma diingatkan sekali lagi, jangan gunakan petua ini pada jalan yang haram.
- Aku rasa, aku begitu banyak kelemahan. Aku banyak buat silap. Aku banyak dosa.
- Aku telah buat banyak perkara yang menyakiti hati. Menyakiti dan melukai hati orang lain. Tanpa aku sedari barangkali…
- Entahlah, walaupun tiada niat sikitpun dihati ini untuk menyakiti hati sesiapa pun. Tapi dek kerana kelemahan dan kekurangan, ada orang telah terluka hati. Terluka hati kerana aku. Kerana kelemahan dan ketidakperihatinan diri aku.
- Walau aku rasa, diri aku tidak bersalah. Namun bagi pihak orang yang terluka, akulah orang yang paling bersalah. Akulah yang patut dipersalahkan…sepenuhnya.
- Tidak, tidak, aku tidak ingin membicarakan siapa salah atau siapa betul? Aku bukan mahu menegakkan benang yang basah. Bukan ingin menagih simpati. Bukan begitu niatku.
- Aku sedar, aku akui, aku terima hakikat, memang aku telah buat orang terluka. Luka yang dalam. Tersangat dalam mungkin…barangkali.
- Mampukah aku mengubati hati yang dilukai??? Bolehkah aku rawati hati yang dilunyai???
- Aduhai lemahnya diriku. Bercakap pandai, nak buat tak tahu. Menulis hebat, nak ambil tindakan, lesu dan layu.
- Lagak aku seperti counselor, petah berbicara, pendapat diminta sentiasa. Namun, rupanya aku juga punya masalah yang sukar dicerita.
- Hati yang dilukai, bolehkah dirawati?
- Cukupkah hanya perkataan maaf disebut dan diucap berulangkali? Terubatkah hati dengan ucapan ampun maaf ikhlas dari hati?
- Atau kemaafan diberi, namun hati yang dilukai tidak pernah melupai. Kemaafan diberi, namun parut dihati kekal abadi?
- Aku terus bermuhasabah mahu koreksi diri, perbaiki diri. Mahu ubati hati yang dilukai.
- Namun hingga saat ini, tiada lagi jalan yang aku temui…
- Aduhai…sukar sungguh hidup ini…
- Kalau ikutkan hati, pada mulanya aku tak nak cerita kisah ini. Sebab aku bimbang nanti ada pula orang terasa hati.
- Namun, memikirkan mesej yang ingin aku sampaikan, aku rasa ada baiknya aku cerita juga. Bukan untuk memuaskan hati, tapi lebih kepada muhasabah diri dan peringatan kepada korang semua.
- Terus kepada soalan…
- “Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”
- Aku bangkitkan persoalan ini bukan apa. Sebenarnya aku rasa, hati aku dah terluka dengan kata-kata seseorang hari ini. Biarlah aku rahsiakan siapa orang itu. Yang pasti, kata-kata dia betul-betul membuatkan hati aku panas dan ‘berasap’.
- Mungkin bagi dia, semua kata-kata nya itu adalah gurauan semata. Namun, bagi diri aku yang terkena kata-kata itu, terasa begitu pahit sekali, bak menelan hempedu.
- Kata-kata yang dilontarkan, betul-betul mengguris hati aku. Aku merasakan maruah aku dicalar. Air muka ku jatuh. Aku dimalukan. Seolah-olah aku telah ‘dibogelkan’ di depan orang. Malu beb. Aku juga manusia biasa. Punya kelemahan dan kesilapan. Tapi janganlah disebabkan kelemahan dan kekurangan aku itu, boleh dipermainkan atau dibuat gurauan.
- Orang kata, “Alah…tak usahlah sensitif sangat. Dia bergurau jer.”
- Yer lah bergurau. Tapi jangan melampau. Kamu tak kena tak apa. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, baru kamu tahu.
- Aku ni bukanlah nak memperbesarkan isu ni sangat. Aku cerita ni hanya nak sampaikan satu mesej saja, iaitu ;
- KITA KENA JUGA JAGA HATI ORANG! JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATI ORANG LAIN!
- Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata yang ingin kita keluarkan. Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin. Kita bimbang, dengan ada kata-kata atau perangai kita menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Lebih-lebih lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun.
- Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.
- Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah menyakiti hati sesiapa pun.
- Belajarlah sirah Nabi SAW. Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW. Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan sesama manusia (Hablumminannas). Belajar, fahami dan cuba amalkan semua akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.
- Aku tulis ni bukan nak untuk suruh orang saja, tapi lebih kepada untuk ingatkan diri aku sendiri.
- Bab akhlak dan jaga hati orang ni, sebenarnya kalau nak cakap memang senang. Tapi nak buat/amal, punyalah payah. Itu semua orang tahu.
- Apa-apapun, yang penting, setiap kita kena jaga tutur kata. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jangan sampai orang terluka dan sakit hati dengan kita. Samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebab, kalau itu terjadi, kita WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran kata atau sikap kita itu.
- Berbalik pada persoalan, “Hati orang, perlukah dijaga?“
- Aku rasa, kalau korang baca post aku ini sampai akhir, pasti korang ada jawapannya.
- Sekian adanya…