Archives
All posts for the month November, 2015
Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.
Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).
Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.
“Menurutnya, sesuai dengan hadits Nabi bahwa malam Lailatul Qadar adalah “baljah” (بَلْجَة);tingkat suhunya sederhana), tidak ada bintang atau meteor jatuh ke (atmosfera) bumi, dan pagi harinya matahari keluar dengan tanpa radiasi cahaya”
THE SECRETS OF HOLY MECCA / RAHSIA KOTA SUCI MEKAH
Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam
Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali.(Gambar: Watak Hector Barbossa)
Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederickdaripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddinatau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M.Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanunBarbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean.
Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di Preveza yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan kelengkapan yang lebih canggih.