Assalamualaikum. pada hari ini tokngah nak berkongsi satu petua untuk mengambil bahan untuk rawatan. Ramai juga pesakit yang mengambil bahan untuk rawatan dengan cara yang salah. Sebab itulah kadang-kadang bahan-bahan rawatan menjadi kurang berkesan.Sebagai contoh sebagaimana contoh yang dibuat tuan guru Dr. Haron Din, pokok keladi yang dibuat sayur untuk dimakan pun kadang-kadang menjadi gatal kalau dimakan.Sebabnya berpunca ketika nak mengambil pokok keladi tadi, bayangnya menindih pokok tersebut.Tetapi kalau mengambil pokok keladi tadi dengan cara tidak menindih bayang ke atas pokok. InsyaAllah tidak akan gatal bila dimakan.Ikutilah petua-petua berikut:
1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; ” Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)”
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka’abah (anti clock wise).
Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Wallhua’alam.
Archives
All posts for the month September, 2009
Bagi jamaah haji yang megujungi Baitullah, pemandangan berterbangan burung-burung merpati menjadi daya tarik sendiri. Keberadaan burung-burung ini sebagai salah satu tanda bahwa di tanah suci sedang berlangsung musim dingin. Burung-burung merpati banyak dijumpai berkerumun di halaman-halaman Masjidil Haram, khususnya dibagian depan masjid. Tidak jarang, jemaah yang datang ke Masjid Haram, selalu menyempatkan membeli makanan merpati kemudian diberikan kepada burung-burung jinak tapi sulit ditangkap ini. Makanan burung ini banyak dijual oleh pedagang wanita berkulit hitam yang datangnya secara musiman, mereka mengenakan pakaian serba hitam. Satu bungkus makanan burung (berupa pelet) dijual seharaga 1 sampai 2 riyals per bungkusnya.
Burung merpati ini , berbeda dengan jenis merpati Eropa atau Indonesia. Warna bulunya unik dihiasi dengan dua garis melintang mirip pangkat seorang perwira dalam ketentaraan. Merpati, juga menjadi burung kesayangan warga Arab Saudi, karena terkait dengan sejarah hijrah Nabi Muhammad saw.
Ketika itu Rasulullah bersama Abubakar sedang dikejar kaum Quraisy. Beliau lalu bersembunyi di Gua Hira. Pada saat itulah di pintu gua bersarang laba-laba, dan ada pula merpati sedang bertelur. Karena melihat pintu gua ditutup laba-laba dan ada merpati bertelur, maka kaum Quraisy memastikan tidak mungkin seseorang bisa bersembunyi di dalam gua, Rasulullah dan Abubakar r.a. akhirnya lolos.
17 Ramadhan hadir lagi dalam tahun hijriyyah 1430 bersamaan dengan 7 September 2009 tahun Masihi. Hari ini 6 September 2009 (Ahad), jam pada skrin komputerku menandakan 4.30 pagi, aku sudah selesai bersahur dengan hanya makan dua keping roti penuh gandum dan berintikan tuna . segelas air teh panas yang dicampurkan dengan sedikit halia segar yang ditumbuk kasar bagi melancarkan perjalanan darah di samping menghilangkan lemak-lemak degil yang berwaris sekian lama di tubuhku. Alhamdulillah… dengan meminum air teh campuran halia tersebut, badanku terasa segar, hangat serta ringan.
Sambil membelek beberapa buku yang ku pinjam dari Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM bagi mencari bahan yang boleh ku baca dan dijadikan renungan bersama antaranya; al-Azhamah (Keagungan Allah), Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran, kedua-duanya karangan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni, Qishotul Khalq (Kisah Penciptaan : Dari “Arasy hingga ke bumi) yang ditulis oleh ‘Idh Wardani dan Himpunan Hadis Modal Insan 2 oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Ketika meneliti isi kandungan ke empat-empat buku tersebut sambil jari telunjuk ku melunsur perlahan bersama gerakan mata untuk mencari tajuk yang menepati atau hampir-hampir tepat kepada penurunan al-Quran, jariku terhenti pada satu sub-tajuk dari buku .. Qishotul Khalq (Kisah Penciptaan : Dari “Arasy hingga ke bumi) yang berbunyi “LAILATUL QADR”. Lalu aku membaca dari satu ayat ke satu ayat. Menurun dari perengan ke satu perengan. Subhanallah… asyik sekali meneliti kupasan penulis buku yang didatangkan bersama dengan hujah al-Quran dan al- Hadis.
Sub-tajuk “LAILATUL QADR” ditulis pada dua muka surat sahaja iaitu muka surat 243 dan 244 di bawah Bab Pertama bertajuk “AWAL PENCIPTAAN ALAM”. Awal penulisan sub-tajuk ini, penulis buku mendatangkan dua buah hadis dari Rasulullah saw yang pertamanya diriwayat oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:”Allah telah ada sebelum sesuatu selain-Nya ada. Saat itu “Arasy (singgahsana)-Nya berada di atas air. Allah telah menuliskan di dalam al-Zikr atas sesuatu dan Dia menciptakan langit juga bumi”.
Hadis kedua pula diriwayatkan oleh Imam al-Muslim yang bererti“Allah menetapkan tempoh masa penciptaan sebelum menciptakan langit dan bumi selama 50, 000 (lima puluh ribu ) tahun dan ‘Arasy Allah berada di atas air”.
Hal ini juga berlaku antara jarak penciptaan langit dan bumi dengan penciptaan makhluk selama 50,000 tahun atau penentuan tempoh masa lebih dahulu dari penciptaaan makhluk. Ini menjadi dasar kiraan 50,000 tahun Kiraan ini merupakan kalendar alam semesta sebelum penciptaan matahari dan bulan; dan sebelum penciptaan langit dan bumi juga penciptaan makhluk. Dengan itu, tidak diragukan bahawa masa mempunyai ukuran dan tempoh di sisi Allah swt dengan jarak 50,000 tahun setiap penciptaan tadi.
Setelah itu, dalam tempoh enam hari, Allah menciptakan bulan yang berfungsi sebagai kalendar langit dan bumi di mana ia (bulan) berputar pada BUNDARAN ( bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan – rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, hlm. 221) atau (berbentuk lingkaran atau melengkung dengan jejari yang sama – rujukan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Ketiga, 2001, hlm. 176).
Kemudian, dalam tempoh 345 hari bentuk bulan menjadi sempurna bulatnya sehingga mencapai 360 darjah. Putaran bulan pertama selama 345 hari merupakan pelengkap atas enam masa dan juga akhir tempoh masa penciptaan makhluk. Oleh itu, tempoh masa antara penciptaan makhluk dengan langit dan bumi dinamakan masa yang diberkati Allah swt (waqtun Mubarak) dan Allah menyebut masa ini dengan nama LAILATUL QADR atau masa yang telah ditetap dan ditentukan pada penciptaan langit dan bumi.
Kemudian penulis buku mendatangkan dua dalil dari al-Quran untuk menguatkan pendapat tersebut melalui surah adh-Dhukhan, ayat 1 – 6 :
Yang bermaksud “
“Haa, Miim. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul (untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya).
Dan surah al-Qadr, ayat 1 – 5 , yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui akan kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
Berdasarkan ayat 3 dalam surah adh-Dhukhan (“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat.”……) dan ayat 1 dari surah al-Qadr (“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.”)menunjukkan bahawa malam ini (malam Yang berkat) dan (malam Lailatul-Qadar) telah WUJUD atau ADA sebelum diturunkan al-Quran atau dengan lain perkataan; bahawa al-Quran al-Karim telah diturunkan oleh Allah swt pada MALAM YANG PENUH BERKAT dan MULIA juga membatasi masa penciptaan makhluk dan juga ketetapan yang diputuskan oleh Allah swt pada masa sekarang.
Allah swt menganggap malam ini adalah sebaik-baik malam dan Allah swt memberi kurnia dan anugerah kepada hamba-hamba yang dekat kepada-Nya serta mengabulkan segala permohonan dan doa-doa mereka.
Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa masa mempunyai tempoh di Loh Mahfuz dan termaktub kiraannya selama 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi atau kiraannya sebanding dengan Lailatul Qadr. Mana kala langit dan bumi lebih dahulu diciptakan daripada alam yang lain dalam enam masa. Allah berfirman dalam surah at-Taubah, ayat 36:
: yang bermaksud
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang diharamkan. Ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang lurus.”
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah membatasi kiraan masa dan menetapkan setahun itu 12 bulan di dalam al-Quran. Setelah itu Allah menciptakan matahari dan bulan berfungsi untuk mengetahui bilangan tahun dan perhitunganya (Surah al-Israa’, ayat 12).
Penulis buku ini melanjutkan hujah dengan mendatangkan Tafsir Fath al- Qadir karangan asy-Syaukani berhubung ayat 36, surah at-Taubah yang menyatakan bahawa “jumlah bilangan bulan dalam setahun telah ditetapkan oleh Allah iaitu 12 bulan sebelum alam semesta pertama diciptakan dan telah ditetapkan di Loh Mahfuz yang kemudian Allah menamainya dengan masa penciptaan langit dan bumi.
Jelaslah dari hujah muffasirin bahawa hari di sisi Allah seperti hari di dunia sebagaimana ayat 36, surah at-Taubah. Tidak terdapat satu dalil dari al-Quran dan al-Hadis yang menyatakan bahawa satu (1) hari di sisi Allah bersamaan dengan seribu (1000) tahun di sisi makhluk.
Subhanallah, begitulah hebat dan bijaksana Sang pencipta alam dalam mempertunjukkan kuasa dan perkasa-Nya dari hal mencipta sesuatu dengan mudah tanpa payah sedikitpun. Wallahu’alaam.. mudahan kita mendapat manfaat melalui sedikit kongsian ilmu dari buku yang aku baca ini.
Assalamualaikum. Pada hari Jumaat lepas ( 4 Julai) tokngah mendapat panggilan daripada suami pesakit kira-kira jam 12.15 malam. Suaminya meminta tokngah datang ke rumahnya kerana isterinya pada masa itu telah dirasuk teruk. Kebetulan pada malam itu tokngah baru balik dari menghadiri ceramah bersama dengan kawan tokngah. Tanpa melengahkan masa. tokngah dan kawan bergegas ke rumah tersebut. Apabila sampai kelihatan pesakit mengalami sakit kepala yang amat serius. Apabila tokngah meruqyah dengan bacaan asas 10, bila sampai bacaan ayat Qursi sahaja, kami dapat berinteraksi dengan jin yang berada dalam badannya. Jin itu mengatakan apabila ditanya kesemuanya 3 ekor jin yang berada dalam badannya. Apabila ditanya kenapa masuk dalam badan perempuan ini. Jin itu mengatakan dia memang suka kepada pesakit tersebut dan memang sudah lama berminat dan nak memasuki badan pesakit tersebut tetapi tak berjaya. Ini adalah kerana mengikut jin tersebut pesakit itu selalu mengamalkan ayat-ayat pendinding. Pada kali ini mereka berjaya masuk ke dalam badan pesakit tersebut kerana beliau datang bulan.Jin itu juga mengatakan rumahnya di kawasan pokok pisang belakang rumah pesakit.
Oleh kerana jin itu memang berdegil tak mahu keluar dalam badan pesakit tokngah dan kawan-kawan menggunakan strategi dakwah.Jin itu mengatakan dia boleh keluar tapi dengan satu syarat, iaitu bagi dia air. Teringat pesanan Tn. Guru supaya jangan melayan dan mengikut kehendak jin. Sebenarnya mereka mahu kita tunduk kepadanya. Itulah tujuan sebenarnya. Tokngah mengatakan kalau nak minum air pergilah minum sendiri kat tepi longkang sana.Jin itu terdiam. Akhirnya puas memujuk dan meruqyah dengan asas 10 ketiga-tiga ekor jin tersebut keluar. Ketuanya berjaya diislamkan.Tokngah selesai merawat sekitar jam 2.00 pagi.
Pada malam esoknya sekali lagi tokngah mendapat panggilan sekitar jam 8.45 malam dari suaminya dan mengatakan isterinya kena rasuk balik. Sekali lagi tokngah datang ke rumahnya dan merawat pesakit tersebut. Bila ditanya dua ekor jin yang keluar semalam datang balik dan tak sanggup berpisah dengan pesakit tersebut.Mungkin inilah yang dikatakan jin asyik(jin yang jatuh cinta pada manusia)Bila ditanya mana seekor lagi. Bila ditanya mana jin yang telah diislamkan semalam. Mereka kata tak tahu. Sebenarnya segala percakapan jin ini jangan percaya sangat kerana mereka suka berbohong, tetapi boleh dijadikan panduan sahaja. Tokngah mengugut untuk membaling garam dan lada hitam dekat kawasan pokok pisang belakang rumah. Jin tersebut merayu supaya jangan diapa-apakan rumahnya. Tokngah dan kawan menasihatinya supaya berpindah ke tempat lain jauh dari kawasan rumah tersebut.Alasan kami , rumah dan pokok pisang tersebut adalah hak mutlak tuan rumah dan mereka tidak restu kamu tinggal di kawasan pokok pisang tersebut.Akhirnya jn itu akur dan keluar dari badan pesakit. Kami selesai merawat sekitar jam 12.00 malam termasuk memagar rumah mengikut kaedah yang dipelajari di Darussyifa.Bila pesakit tersebut pulih, pesakit tersebut mengatakan dia selalu buang sampah di kawasan pokok pisang dan suka duduk di kawasan pokok pisang tersebut pada waktu petang. Mungkin
Artikel ni tokngah ambil dari wanhayati.wordpress. Agak menarik juga dan boleh dikongsi bersama. Semoga artikel berkaitan dengan rawatan Islam dapat dikembangkan dan dikongsi bersama.
SEJARAH SIHIR
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
(Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.RASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis – bapa segala jin
2. As Syaitan – syaitan
3. Al Muraddah – peragu (pewas-was)
4. Al Afariit – Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A”wan – penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun – penerbang-penerbang
8. Attawabi” – pengikut-pengikut
9. Al Qarna” – pengawan-pengawan
10. Al “Ammar – pemaa”mur-pemaa”mur
PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.