Allah
All posts tagged Allah
ANGGARAN SAIZ BADAN NABI ADAM
Gambaran Saiz Baju Nabi Adam |
Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Gambaran tinggi Nabi Adam berbanding manusia sekarang |
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.
Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.
Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.
Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.
Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).
KEPAKARAN PARA NABI DAN RASUL DALAM BIDANG SAINS
Bagaimana ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah pelopor kewujudan ilmu ini? Hari ini admin akan menceritakan sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T. Teruskan membaca di bawah.Sains Nabi Adam
- Bapa pelopor dan perintis ilmu sains.
- Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi.
- Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan.
- Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.
Sains Nabi Syith
- Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh nabi Syith.
- Baginda pakar dalam bidang perubatan.
- Baginda juga pelopor kepada ilmu astrinomi yang kemudiannya diwarisi oleh ilmuan Mesir, Yunani, dan Babylon.
Sains Nabi Idris
- Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan.
- Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis.
- Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.
- Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.
Sains Nabi Nuh
- Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi.
- Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap.
- Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal.
- Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi.
- Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian.
- Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.
- Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T
Sains Nabi Hud dan Salleh
- Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.
Sains Nabi Ibrahim
- Nabi Ibrahim pakar dalam bidang astronomi.
Sains Nabi Sulaiman
- Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang.
- Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.
Sains Nabi Isa
- Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.
Sains Nabi Muhammad S.A.W
- Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan.
- Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains.
- Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.
LUTH MAHFUZ
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Ketika Allah menciptakan qolam, kemudian lauh, Allah memerintahkan qolam untuk mendatangi lauh. Allah berfirman kepada qolam, “Wahai qolam”.
Qolam menjawab, “Aku sambut panggilan-Mu dan aku siap menerima perintah-Mu Ya Robbi”
Allah memberi perintah, “Tulislah pertama kali bismillāhirrohmānirrohimi”.
Ketika qolam menulis “ba” keluarlah darinya cahaya yang menyinari segala sesuatu di malakūt dari mulai ‘arsy sampai bumi. Bertanyalah qolam, “Ya Robbi ! Apakah “ba” ini ?”
Allah menjawab, “Ba ini adalah barīun liummati Muhammadin (pembebas untuk umat Muhammad)”
Allah memerintahkan pula qolam menulis “sīn”.
Ketika qolam menulisnya, keluarlah dari lekukan-lekukannya beberapa cahaya. Cahaya yang satu memancar ke ‘arsy, yang satu ke kursi dan yang satu ke surga. Ketika qolam melihat ketiga cahaya ini, ia bertanya, “Ilahi, Apakah cahaya-cahaya ini ?”
Allah menjawab, “Ini adalah cahaya umat Muhammad ‘alahissolātu wassalām. Adapun cahaya yang memancar ke ‘arsy adalah cahaya al-sābiqīn, cahaya yang memancar ke kursi adalah cahaya al-muqtasidīn dan cahaya yang memancar ke surga adalah cahaya al-‘āsīn dan az-zōlimīn di antara mereka”.
Allah memerintahkan pula Qolam menulis “mīm”.
Ketika qolam menulisnya, keluarlah darinya cahaya yang lebih terang dan lebih bersinar dari cahaya “ba” dan “sīn” sehingga menyinari segala se-suatu dari ‘arsy sampai bumi. Terdiamlah qolam dalam ketakjuban seribu tahun. Setelah itu bertanyalah qolam, “Ya Robbi, Apakah cahaya ini ?”
Allah menjawab, ”Ini adalah Nur Muhammad ‘alaihissolātu wassalām. Dia adalah kekasih-Ku, pilihan-Ku dan rosul-Ku. Ini Sayyid seluruh nabi dan rosul. Dan tidak Aku ciptakan segala sesuatu, kecuali karenanya”.
Ketika Qolam mendengarnya maka berkeinginanlah untuk menyampaikan salam pada Nur Muhammad ‘alahissolātu wassalāmu, kemudian meminta idzin melakukannya. Kemudian berkatalah qolam, “Assalāmu ‘alaika (salam bagimu) wahai Rosūlallōh – wahai Habīballōh dan wahai Nūrollōh.
Allah berfirman, “Wahai qolam ! engkau telah menyampaikan salam kepada kekasih dan rosul-Ku padahal ia saat ini tidak ada, sedangkan apabila ia hadir pastilah ia akan menjawab salammu, karena itu Aku jawab padamu karenanya. Bagimu salam dari-Ku wahai qolam”.
Allah memerintahkan qolam menulis Allah Ar-Rohmān Ar-Rohīm.
Bertanyalah qolam, “Ya Robbi,Apakah nama-nama ini bagi-Mu ?”
Allah Yang Maha Tinggi menjawab, “Aku – Allah – untuk as-sābiqīn, Aku – Ar-Rohmān – untuk al-muqtasidīn dan Aku – Ar-Rohīm – untuk al-‘āsīn dan az-zōlimin”.
Dalam sebagian keterangan disebutkan bahwa As-Sābiqīn adalah orang yang kebaikannya amat banyak – jauh melebihi keburukannya. Al-Muqtasidīn adalah orang yang kebaikan dan keburukannya berbanding. Al-‘Āsīn adalah orang yang keburukannya jauh melebihi kebaikan yang dilakukan.
APAKAH HUKUM MELABUR DALAM ASB ?
Baru-baru ini PNB telah mengumumkan agihan pendapatan bagi ASB untuk tahun 2013 sebanyak 8.7 sen seunit. Jumlah pelabur adalah seramai 8.26 juta orang yang sudah pastinya saudara seagama kita yang melanggan sebanyak 127.2 bilion unit ASB ini. Berikut adalah sumber dari laman web Ustaz Zaharuddin yang telah mengulas dengan jelas sebab mengapa melabur dalam ASB adalah haram.
Berikut adalah kandungan penuh dari laman web beliau:
Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.
Jika ditanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.
Anda mungkin berkata,
“SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT”
Ulasan saya, Allah swt memberikan kita akal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. Jika benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini
Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.
Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.
Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.
2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR
Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketika itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
16 Feb 2009