Tan Sri Ananda Krishnan bercadang ingin membeli kelab bolasepak EPLNewcastle United menurut akhbar The Sun di United Kingdom.Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat minggu depan.
Tan Sri Ananda Krishnan dikatakan membida £80 juta (RM460.6 juta) untuk mendapatkan Newcastle.
Tan Sri Ananda Krishnan, orang kedua terkaya di Malaysia dengan nilai bersih harta $7 US hasil dari memiliki empayar perniagaan yang merangkumi bidang telekomunikasi Maxis, industri satelit negara MEASAT, ASTRO, tenaga, hartanah, perfileman, minyak, perkapalan, pelaburan dan perjudian. Limpahan kekayaannya juga dikumpul melalui syarikat Tanjong Public Ltd, yang beroperasi dalam pelbagai industri, termasuk perjudian lumba kuda melalui anak syarikatnya Pan Malaysian Pool Sdn Bhd.
Bukan tak bangga tapi rasanya jutawan Malaysia ni lebih relevan melaburkan wangnya untuk meningkatkan mutu liga M Malaysia yang lesu atau beli tanah Kg Buah Pala tu ha untuk membela nasib bangsanya.
Namun begitu seperti yang diketahui EPL dan perjudian ibarat isi dan kuku mungkin Ananda Krishnan dah habis kira dan yakin boleh buat untung. Yang untung hasil cukainya 1Malaysia juga. huh?