WARNA WARNI COCA-COLA..CANTIK GAK GAMBAR NIE
World of Coca Cola adalah sebuah muzium Coca Cola yang terletak di Atlanta Georgia. Ianya dibina di Atlanta kerana disitulah terletaknya ibu pejabat Coca Cola. Muzium ini mula dibuka pada tahun 2007, setiap tahun ia menerima 1 juta pengunjung. Pelbagai artifak yang dipamerkan di dalam muzium ini. Sebagai contoh terdapat botol Coke dari tahun 1888, mesin coke untuk stesen angkasa dan sebuah kilang pembotolan Coke di tingkat bawah. Selain daripada itu turut dipamerkan memorabilia, papan pengiklanan dan botol Coke dari seluruh dunia.